© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, September 30, 2015

rebah

adanya putih, adanya hitam
adanya siang, juga malam...
dan sungguh ku berasa
tak berdaya lagi
rebah
tersungkur
engganku bangkit lagi.

Nurfatimahz Puteri
30.10.2015

Thursday, June 11, 2015

Lagu Tanpa Irama

"Hidup tanpa cinta?"
Bagai air tanpa gula
Bak rembulan tanpa kejora
Ibarat pohon tanpa bunga
Umpama dunia tanpa warna
Laksana mentari tanpa cahaya
Seperti aku tanpa Sonata
"Tawar rasanya."
~Nurfatimahz Puteri~

#AkuDiaDanSonata #SonataItuCinta
#11.06.2015

Wednesday, April 08, 2015

ingin

inginku
kau rasa
apa ku rasa

inginku
kau tahu
isi hatiku

inginku
bertemu
denganmu

inginku
bersamamu
selalu

inginku
hanya kamu
dan aku

#8.4.15

Tuesday, March 24, 2015

MTQ Zon Parit Sulong

Tarikh: 24.3.2015
Tempat: SK Tenaga Setia, Seri Medan, Batu Pahat.

Jadi guru pengiring.

Jadi ambil gambar murid2 sendiri jela. hehe!

Dan tak ada rezeki... Xda nombor bagi acara yang murid sertai.

Saturday, March 21, 2015

aqiqah anak rakan sekerja

Parit Sulong
Batu Pahat.
Update gambar je la.. hehe
#21.3.2015 #Sabtu

Mama Miqael

Tudung biru tu ketua rombongan :P

Rakan2 sekerja
(Sila abaikan kanak2 berbaju ungu)

Saturday, March 14, 2015

flashback: Maulidurrasul 2015

#6.2.2015

Bertempat di Masjid Kg. Parit Laman. Anjuran Sek. Agama Pematang Rengas, Sek. Keb. Seri Pematang Rengas, Gabungan JKKK Pt. Laman/Pt.Karjan serta Umno Caw. Pt. Sulong dan JASA.

And me, as the MC on the day. Huh! 

YB turun. Sebelum dia berucap, dia maklumkan yang dia pernah jumpa aku dalam program sekolah sebelum ni.

Haisyyhh... rasa glamer satu kampung! Ekekeke

Note: Sebenarnya kali ketiga aku jumpa YB. Kali pertama tu sebab aku sekadar peserta program. Jadi memang tak dikenali la kan?



Saturday, January 31, 2015

good night

=)

Semoga mimpi indah menjadi nyata
Semoga impi terlaksana.

Thursday, December 25, 2014

Friday, December 19, 2014

sorry; again and again

Maaf.
Berjuta kali memohon maaf.
Bukan kerana bersalah
Tapi kerana rasa bersalah
Terasa dihukum
Atas kesalahan yang ...

Ok.
Bagi aku bukan salah
Tapi bagi dia salah.

Takut.
Aku takut apa yang aku takuti terjadi.

Takut.
Aku takut ditinggalkan.

Aku tak peduli
Walau sebagai kawan sekalipun
Aku sudi
Yang pasti
Dia ada
Dia tak pergi
Jauh.

Maaf,
Sekali lagi,
Maaf.
Dari hati.

Saya ingin sekali menyatakan apa yang saya rasa.
Tapi saya tak dapat. Cukuplah kata2 itu pernah saya lafazkan.
Saya lebih menghargai persahabatan saya dengan awak,

Monday, November 17, 2014

kepada Dia kita pulang

Dari Dia kita datang
Kepada Dia kita pulang.

Semalam... kakak beritahu makcik masuk wad. Jangkitan paru-paru. Tak sedarkan diri dan tercungap-cungap bernafas.

Sebak dan sedih.

Air mata jatuh.

Makcik adalah kawan.
Makcik adalah makcik terbaik yang saya ada.

Dan hari ini, maghrib tadi...
Emak sms, makcik dah tak ada.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Al-fatihah untuk makcik saya, Zauwiyah Yusof. Doakan semoga dia ditempatkan di Syurga bersama orang2 yang beriman.

Saturday, November 01, 2014

tukar mood blog

Hehe! Ingat orang je ke ada mood?
Blog pun ada mood.


Mood kuning ni sejak 2011 kot
Sekarang dah 2014..

Huu! Memang lama
Terkial-kial jugak nak tukar tadi
(Punyalah lama xgodek2 blog)


Tadaa!!
Sekarang mood dalam hati ada taman
Kikikiki

Kbai.

Friday, October 24, 2014

flashback: aidiladha

Lama tak post kat blog.
Rindu.

Dan tahun ni, kali kedua tak beraya bersama mak ayah.

Tahun lepas di Sibu, Sarawak.
Tahun ni di Batu Pahat, Johor.

Semua tuntutan kerja.
Dan cuti hanya pada hari raya.

Tuesday, September 02, 2014

Berbalas Pantun MERDEKA

Note: Ada sebahagiannya lirik lagu.
Yang selebihnya ambil sikit2 dari internet dan gabung dengan hasil sendiri. Setakat untuk murid sekolah rendah, oklah kan?
#Diminta sediakan teks berbalas pantun sempena kemerdekaan.. huhu..


Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau saudari orang yang bijak
Negera kita apa namanya?

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau saudari ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau saudari orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka?

Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai saudari ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau saudari orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri?

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Saudari  soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri

Lima sekawan Tuah dan Jebat
Lekir Lekiu juga Kasturi
Kalau saudari orang yang hebat
Siapakah nama Perdana Menteri?

Asalnya dari Batang Kali
Begitu harum nama penyajak
Wahai saudari semua mengenali
Perdana Menteri Najib bin Razak

Manis rasanya buah pulasan
Harum baunya buah cempedak
Kalau saudari orang yang bijak
Apakah tema hari kebangsaan?

Terbang burung dan rama-rama
Hingga bersama di dahan meranti
Di sini lahirnya sebuah cinta
Itulah jawapan soalan saudari

Buah durian buah berduri
Enak isinya tidak terkata
Jika saudari bijak bestari
Siapa pernah menjajah negara?

Hiris kekacang hiris petola
Hiris lada juga mentimun
Wahai saudari ini jawabnya
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun

Anak gadis meniti di titi
Sungguh cantik dan rupawan
Jika saudari bijak sekali
Siapakah bapa kemerdekaan?

Bersimpul mengkuang dalam ikatan
Menjadi alas tradisi pinggir kota
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
 Begitu mudah untuk menjawabnya

Mekar kiambang di dalam taman
Dihias cempaka juga seroja
Cubalah saudari menjawab soalan
Siapakah bapa pembangunan negara?

Anggun kebaya disarung nyonya
Jadi ikutan pakaian tradisi
Tun Abdul Razak adalah orangnya
Bapa Pembangunan penuh dedikasi

Berdagang barang di pasar atap
Buah kurma, tin dan zaitun
Cubalah saudari lekas menjawab
Siapakah dia Tun Hussein On?

Fesyen sedondon cantik warnanya
Berjumpa teman di Jalan Tebrau
Tun Hussein Onn jawapannya
Bapa Perpaduan panggilan beliau

Terlanjur berjalan singgah ke pekan
Membaca akhbar berita mutakhir
Wahai saudari cubalah kenalkan
Siapakah Tun Dr Mahathir?

Ragi diguna membuat roti
Roti dimakan orang utara
Dr M mantan Perdana Menteri
Bapa Permodenan sentiasa berusaha

Jalan bersama beramai-ramai
Meniti sungai mengguna jambatan
Kiranya saudari bijak pandai
Siapakah bapa Modal Insan?

Mencari ilmu pergi ke sekolah
Bersama guru juga rakan
Jawapannya Datuk Seri Abdullah
Bapa Pembangunan Modal Insan

Mengail ikan di tepi titi
Umpan bagus besar hasilnya
Kalaulah saudari bijak bistari
Siapakah dia Bapa Transformasi Malaysia?

Halia ditanam bersama kasturi
Penyedap rasa banyak khasiatnya
Memang saya bijak wahai saudari
Najib Razak Bapa Transformasi Malaysia

Orang Laos orang Kenya

Orang Myammar dan Sri Lanka
Kalau saudari pandai orangnya
Apa dilaung Tunku saat merdeka?

Kenangan lara akan terbuku
Pusaka bangsa suka dan duka
Kalimah keramat sebutan Tunku
Tujuh kali laungan merdeka

Sungguh bersabar keringat dirasa
Di ambang merdeka rakyat menanti
Jika benar saudari bijaksana
Merdeka kita sudah berapa kali?

Tentera berani menggenggam pusaka
Melangkah mati nyawa diberi
Lima puluh tujuh tahun telah merdeka
Begitu mudah soalan saudari beri

Terang mentari teranglah bulan
Begitu indah Ciptaan Maha Esa
Cubalah saudari menjawab soalan
Apakah nama bendera negara?

Atur bata samalah rata
Agar binaan tidak goyah
Jalur gemilang bendera kita
Digenggam erat dikibar megah

Semua hamba di sisi Tuhan
Rebah sujud di atas sejadah
Wahai saudari cubalah ceritakan
Di mana tempat terlakarnya sejarah?

Pengembala kambing memerah susu
Pekebun kecil menorah getah
Kalau saudari ingin nak tahu

Di Stadium Merdeka terakam kisah.

Ok.. sekian! =)
Nurfatimahz Puteri 

Thursday, August 07, 2014

grrr

Geram aku dengan isu MB Selangor

Tah apa2 diorang ni

Burukkan rakan sendiri

Bukannya komponen lawan yang cuba jatuhkan, tapi dari dalaman.

Haizzz... stress.

Dan nasib baik lah aku dah tak berapa peduli hal2 politikuskucing semua ni.

Friday, July 04, 2014

Ramadhan 1435

Sedar tak sedar dah hampir seminggu bulan Ramadhan.
Lama juga saya tak menulis di sini.
So hari ni cuma nak cerita pasal nasi ayam, sebab masa berbuka tadi makan nasi ayam. hehehe!
Housemate puji, sedap. Katanya 4 bintang. Kira ok lah kan?
Katanya lagi dia tak pernah buat nasi ayam sendiri. Saya senyum jer.
Dalam hati... ni first time aku buat. Hahahaa!!!
So sangat senang sebenarnya. Dan lepas mix pelbagai resepi dan ikut olahan sendiri (saya tak suka ikut peraturan).. akhirnya jadi.
Nak resepi? Aisehh.. Takya kot. senang sangat. nak share pun malu. ekekekeke!
Selamat Memaknai Ramdhan.
Semoga Ramdhan kali ini lebih baik dari sebelumnya <3
Love,
Puteri.

Sunday, June 08, 2014

kita.

Saya bermimpi
Kita berbaik semula.

Saya bermimpi
kita terpaksa berjumpa.

Saya bermimpi
Saya meminta maaf pada awak
Dan awak maafkan saya.

Saya bermimpi
Kita berkawan semula.

Saya bermimpi
...

Bilakan mimpi menjadi nyata?
Atau mimpi tidak akan sesekali menjadi nyata?

Monday, June 02, 2014

kecilnya dunia

Dunia ini terlalu kecil
Untuk kita lari dari kenyataan
Untuk kita sembunyi dari perasaan

Dunia ini terlalu kecil
Untuk aku menidakkan kehadiranmu
Untuk aku melupakan kamu

Dunia ini terlalu kecil
Semakin menghimpit dan terbatas
Hingga menyukarkan aku untuk bernafas!

02.06.14

Sunday, May 18, 2014

Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Friday, May 02, 2014

sate naik rega

Hehe!

Sini tempat paling sedap sate dan paling murah yang pernah ditemui.

Paling sedap berbanding tempat lain masih di kawasan Sibu. Jika di lain-lain kawasan mungkin ada, tapi belum pernah pergi. Namun tidak boleh menandingi rasa di semenanjung.

Paling murah rm0.50 berbanding kedai lain yang pernah dikunjungi rm0.60-0.70 bagi secucuk sate.

Dan bermula 1 Mei 2014 harga naik 10sen...

Haizz... tapi tak apalah. Jarang2 makan. Sekali beli biasa 6cucuk rm3 = 2ayam, 2lembu, 2kambing.

Lepas ni kalau beli... 5cucuk sahajalah. 2ayam,3kambing. Sebab lembunya sik nyaman gilak!

hehe.

Ok ya jak catatan hari tuk.