Enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (KOSMO-15 april 09)
hisham.idris@kosmo.com.my
PINTU masuk utama ke Kolej Universiti Islam Malaysia yang kini dikenali sebagai USIM di Nilai, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.
Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’.
“Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.
Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.
Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.
Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.
“Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas,” ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.
Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.
Ulasan;
- Peristiwa Cik (Sebenarnya bekas Puan) Nor, (bukan nama sebenar) ini berlaku ketika saya masih menjadi YDP MPP. Pernah saya berbincang perkara ini beberapa kali dengan Dato’ TNC Akademik dan Dato’ TNC HEPA. Apa yang memeranjatkan, Cik Nor ini bukanlah seorang pensyarah yang berkualiti tinggi. Dato’ Tnc Hepa sendiri yang menceritakan bagaimana Dato’ Tnc Akademik diherdik dan dimarahi dengan tidak beradab oleh beliau. Bahkan, Dekan FSU juga pernah dihembur dengan pelbagai kata dan dimarahi beliau. Kalau bos sendiri pun dah tak boleh dihormati, bagaimana penduduk langit dan bumi hendak hormati beliau.
-Pelajar yang disebutkan di atas iaitu pelajar jurusan “UNDANG-UNDANG’ atau nama bangganya “LAW’S STUDENT” juga seharusnya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menginsafi kekurangan yang ada. Jangan pula kita ’seronok sendiri’ tambahan bergelar pelajar “LAW”. Tak dapat dinafikan ada sebahagiannya yang menepati standard pelajar law, namun tak dinafikan ada juga yang sebaliknya. Bukan tujuan untuk merendahkan pelajar “LAW” yang dipandang tinggi siang dan malam, namun sebenarnya dunia kini sangat meilihat kepada kemahiran dan juga kemampuan pelajar itu sendiri. So, kita fikirkan bersama. Bak kata nabil, Lu fikirla sendiri.
-Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati pentadbiran USIM agar berhati-hati ketika ingin melantik kakitangan akademik atau pentadbiran. Janganlah mengambil pensyarah yang bermasalah keluarga seperti bercerai-berai yang akhirnya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selidiki dahulu latar belakang pensyarah terutama dari sudut mentalnya. Saya difahamkan bahawa Cik Nor (bukan nama sebenar) bukan kali pertama telah diminta mengundurkan diri dari alam pengajaran di ipt, bahkan ini adalah ipt yang ke-2 yang meminta agar beliau mengundurkan diri. Lebih baik undur diri dari dipecat atau dibuang kerja.
-Persoalan yang berbangkit ialah mengapa setelah sekian lama beliau mengundur diri, hari ini isu ini dibangkitkan semula??? Kalau istilah dalam masyarakat, orang akan kata ‘gila talak’ kepada lelaki yang menceraikan isteri tapi masih sayangkan isterinye. Kalau dalam kes ni, apa kita nak kata??? Hmm.. Lu fikirlah sendiri.
-Semoga apa yang berlaku ini akan kita ambil iktibar bersama. Konklusinya, apa yang digambarkan dalam petikan akhbar di atas tidak tepat dan tidak merangkumi keseluruhan pelajar ” LAW”. Bahkan hanya sebahagian kecil. Sebarang usaha untuk menjejaskan imej USIM, adalah dikutuk sekerasnya oleh saya.
“Kalau dah tak laku di negeri orang, berhijrahlah ke negeri lain.
Kalau diri sudah tak diingin orang, ……. anda sambunglah sendiri….” huhu.
*****************************************
8 comments:
kalau saya pula, berdasarkan pengalamna senior yang penah belajar dengan cik nor tu, dia selalu saja marah-marah tak tentu pasal. ada saja yang tak kena. malah cik nor sendiri pernah mengeluarkan statement "tak akan berhenti dari USIM selagi tak habis balas dendam."
di mana keikhlasan untuk mencurah ilmu?
aih,. pelik betul, tapi bukan perkara besar, sebab dia sejak dulu lagi an dah memang pelik....
nak balas dendam dekat siapa pun tak tahu lah. apa masalahnya dengan pelajar USIM dan USIM sendiri?
better check dekat pegawai psikiatri dulu kot....
memang pun.
beliau sangat mental.
meh la ke blog saye.
u.hu
haa.. better media yang menerima aduan daripada cik nor tu siasat terlebih dahulu tahap fizikal dan mental si pemberi aduan tu.
bukan main terjah aje.
aih.. ingat melodi ke?
Leave your comment in my blog..
ok.
btol2..
tq siti,
westbrook shoes
yeezy 350 v2
golden goose sneakers
golden goose
golden goose outlet
off white
off white jordan 1
bape hoodie
golden goose
yeezy
Post a Comment