© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, April 17, 2009

markah kasihan?

NAIB Canselor USIM, Dr. Abdul Shukor Husin menyifatkan laporan Kosmo! bertarikh 15 April telah menjejaskan reputasi institusi pendidikan berkenaan.

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak menawarkan jalan pintas dan layanan istimewa kepada mana-mana pelajarnya untuk lulus peperiksaan dengan amalan ‘markah kasihan’, malah kesemua mereka perlu berjaya dengan usaha sendiri.

Bagi Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, dasar universiti itu sudah jelas melalui pelaksanaan prosedur Penggredan, Pemarkahan dan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan.

Katanya, setiap keputusan peperiksaan akan dibentang dan diteliti dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat fakulti dan seterusnya dirujuk kepada Senat Universiti untuk perakuan.

“Kita juga ada panel luar yang memantau sistem akademik dan peperiksaan di USIM.

“Pensijilan MS ISO 9001:2000 yang telah diperoleh sejak 11 November 2004 dan perolehan sijil buat kali kedua pada 8 Januari 2008 oleh pihak Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) membuktikan USIM ada prosedur jelas dan telus terhadap sistem pendidikannya,’’ jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas yang diadakan di Bangunan Canselori, USIM di sini semalam bagi mengulas laporan Kosmo! pada 15 April lalu mengenai dakwaan seorang pensyarah universiti itu ‘dipaksa’ meletakkan jawatan kerana hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang.

Pensyarah itu yang hanya dikenali sebagai Nor mendedahkan, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti memberikan ‘markah kasihan’.

8 comments:

Anonymous said...

SALAM ALAIKUM..kite keluarga USIM,kuatkn ukhwahnya??saling berkasih syg kerana ALLAH kn??jd..baca blog manusia ni atau lbh lembutnya HAMBA ALLAH ni punye blog. ”BELIAU” TELAH SAMAKAN USIM NGN GRO??!!ni antara ayt die yg sy copy>>
{{Errr… Pensyarah Nor tu dah kahwin ke? By the way, yang teringin anak-anak dapat ijazah cepat-cepat hantar ke USIM. Sekarang ni borang kemasukan dia mesti laris macam GRO fresh baru tiba dari Russia!}}

#SILA BAGI KOMEN ANDA KEPADA BLOGGER TU…BG DIA TAU…SIAPA ”USIM” ITU??AYUH KITA BERSIHKAN NAMA USIM KEMBALI!!SELAMATKAN INSTITUSI ISLAM!!

ni blog manusia tu http://khayalkhayal.wordpress.com

sila buka blog ini untuk maklumat lanjut>> http://bro86.wordpress.com/

Anonymous said...

Nor menyerang balas!

Sila baca di http://mt.m2day.org/2008/content/view/20817/84/#jc_writeComment

Bro Framestone said...

out sikit--> ops dato datin ek... sape tue..tan sri kenal la he..23x siapa yang lawa tue ek.. sorry dah lame xdtg blog kamu

Puteri said...

anonymous-->>
terima kasih utk makluman

framestone-->>
alah, pnh tgk kt fs da... :P

Sitie BUm BUm said...

paper kadang2 suka besar2 kan citer xbenar

Puteri said...

itu lah. dan msalahnya msyrkt mdah mnerimanya