Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.
Al-Fatihah buat Allahyarham Abdullah Suhami bin Awang (bapa kepada teman baik saya sejak sekolah rendah, Laila) yang telah kembali ke rahmatullah pada 24/09/09 yang lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dan dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah, ameen.
Aku pengembara Mengembara, dan mengembara Ku mencarinya Di sini Di sana Di mana-mana
Tak ku temuinya Walau lama ku menanti Walau musim silih berganti Walau masa terus pergi
Yang ku cari Yang ku nanti Tetap jua belum ku temui
Apakah kerana titik-titik hitam bertompok di hati? Apakah kerana noda-noda khilaf bersarang di sisi? Ataukah kerana debu-debu dosa berada dalam diri?
Apakah masih bisa ku memiliki Dalam pengembaraan ini Akan akhirnya ku temui Cinta hakiki Dari-Mu Rabbi Yang ku nanti Yang ku tercari-cari Selama ini.. .
Macam tak percaya pula, kawan semasa zaman persekolahan dulu kini sudah mahu mendirikan rumah tangga. Oh Azura Azilawati (nama yang diberi oleh Ustaz Yahya kepada Azila), masih belum sepenuhnya percaya ni walaupun sendiri ke rumahmu dan menyaksikan cincin itu tersarung dijarimu. Hu,hu.
Faradila, Abidah dan lain-lain pun macam tak berapa nak percaya juga. Almaklumlah, dulu sama-sama entah apa-apa ntah, ada juga kawan sekolah yang dah kahwin siap dah ada anak lagi tapi tak berasa sangat, mungkin sebab tak berapa rapat kot.. Kata Faradila, sebab dia (orang yang dah kahwin tu) dah dok bercinta dulu.. Hurmm.. yelah kot, mana-mana je lah.. kan?
"Fatimah yang dulu bukan macam ni. Fatimah sekarang sangat berbeza dari yang dulu. Fatimah yang dulu.. kalau dia sukakan seseorang, kalau dia sayangkan seseorang, dia tak akan cakap, dia tak akan luahkan perasaannya kepada orang itu sebab.. kasih, perasaannya terlalu suci dan tersangat mahal harganya untuk diperdagangkan!". -Abg Adie.
Walaupun hanya sekadar di dalam mimpi ku mendengar kata-katanya, namun suaranya, tegurannya masih terngiang-ngiang di sini.. Ya Allah serius betul, terasa betul-betul aku bersua dengan dia kembali sudah pula, apa yang dia katakan tepat mengena pada diriku
Oh mimpi kenapa mimpi salahkah bermimpi? mengapa hanya sekadar fantasi? bilakah mahu menjadi realiti?
Jalur gemilang berkibar megah Rukun Negara tersemat indah Kita punya satu cita-cita Mendukung wawasan satu Malaysia
Satu Malaysia matlamat kita Satu Malaysia harapan negara Rakyat diutama pemimpin berjasa Negara pewaris bangsa berjaya
Bersatu padu bekerjasama Erat ikatan antara kita Walau berbeza agama bangsa Kita adalah warga Malaysia
Satu Malaysia matlamat kita Satu Malaysia harapan negara Kita buktikan pada dunia Malaysia maju digerbang jaya
-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009- CIPTA '09 "Bersama kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"
**************************************************** ** Lirik terbaik, Festival Cipta '09 ** Tempat kedua kategori lagu terbaik, Festival Cipta '09 ** Tersiar di Metro, 24.08.09.
Di suatu ketika dulu pernah kau menyerah diri pada negara kau kota janji rela berkorban jiwa raga
Kini masa telah berlalu perjuanganmu beroleh hasilnya negara merdeka yang kau impi telah menjelma menjadi nyata
Biarpun bakti kau curah jauh dikenang jasa kau tabur lama dibuang tepinggir kau di sisi desa namun tidak pernah kau meronta nama dijunjung seluruh dunia
Engkaulah pahlawan sejati sejarah sesungguhnya telah bersaksi pengorbananmu yang tulus suci Tuhan pasti akan mengganjari
-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009- CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"
Desiran angin mendayu-dayu Senyum langit disapa pagi Alam desa melangkah maju Nikmat harus kita syukuri
Awan ceria berarak indah Riang burung dihiasi tawa Anak muda mengenang jasa Bakti juang pewira bangsa
Kedamaian....bahagia Keamanan....sejahtera Takkan dikecapi tanpa mereka
Perjuangan....seikhlasnya Pertahankan....tanah tercinta Harus dikenang kita sentiasa
Marilah kita bersama-sama Bersatu hati menggenggam cita Bawa negara ke persada dunia
Kita pewaris bumi merdeka Kita pewaris negara jaya Aman Malaysia selama-lamanya
-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009- CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"
************************************************************** **Lirik terpilih ke saringan Festival Cipta '09 **Johan kategori sajak, pertandingan menulis semperna kemerdekaan
Ahha..! Semalam mendapat johan pertandingan sajak sempena bulan kemerdekaan anjuran Kolej Kediaman Camellia Court. Tajuk sajak "Aman Malaysia".
Sebenarnya ni tajuk lirik yang pernah saya hasilkan dulu, pakai hantar je. Saat-saat akhir pulak tu. Yelah, esoknya tarikh tutup, malam tu saya hantar. Hu.hu.
Tapi kira bertuahlah jugak, sebab dapat johan. hi.hi.hi :D
Tapi hadiahnya orang lain yang ambil malam tadi, sebab saya ada kelas. Jadi tak dapat pergi tengok majlis tu. (Dan taktau kata menang, kalau tak boleh mintak roommate ambilkan..).