© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, December 25, 2016

Rasa

Terkadang kau berasa gembira
Kau tersenyum, kau tertawa
Terkadang kau berasa kecewa
Kau menangis, kau menderita

Rasa
Datang menjengah tiba-tiba
Tanpa sempadan masa dan ketika
Tanpa isyarat dan petanda

Kau tunduk akur pada takdirnya
Pada hati kau pinta
Ia tabah dan bersedia
Tidak terlalu gembira
Tidak terlalu kecewa

Segala rasa yang hadir
Bakal bersilih bakal berganti
Itulah peneman hidup
Sehingga nafasmu yang terakhir.

Nurfatimahz Puteri, 25.12.2016.

3 comments:

Nilam Himawari said...

wah kenapa tak upload dekat ilhamkarangkraf portal
berbakat ni

Puteri said...

Hehee.. Lama xmenjinakkan diri. Baru asah pensil ni NH 😁😁😁

Puteri said...
This comment has been removed by the author.