© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 12, 2024

Majlis Perpisahan Guru

 

TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH TAUTAN BUDI

Ketibaan tetamu

Hadirin dipersilakan mengambil tempat di dewan. Murid-murid diminta untuk berada dalam keadaan senyap sepanjang majlis yang akan bermula sebentar Sahaja lagi, terima kasih.

 

 

Ketibaan jemputan

Mengumumkan ketibaan yang diraikan Cikgu Juliah binti Sarju dan Cikgu kamaliah binti Saaban dengan diiringi barisan pentadbir SK Seri Pematang rengas. Dipersilakan untuk mengambil tempat di dewan.

 

 

Salutasi

Sireh lipat sireh pinang,

Sireh dari pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara

 

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamian, selawat.

 

Yang Berusaha Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim, Guru Besar SKSPR,

Yang dihormati Cikgu Pauzidan bin Sungip, GPK Pentadbiran

Cikgu Yusma Rizal bin Idrus, GPK HEM,

Cikgu Nurul Shuhada binti Masrun, GPK Kokurikulum

Yang diraikan pada hari ini,

Cikgu Juliah binti Sarju, dan Cikgu Kamaliah binti Saaban,

Yang dialu-alukan, En. Anuar bin Kasim, YDP PIBG,

En. Azri Effendy bin Abdul Rahman, NYDP PIBG,

Yang dikasihi, guru-guru serta murid-murid sekalian.

 

Selamat datang ke Majlis Lambaian Kasih Tautan Budi yang merupakan majlis penghargaan Istimewa buat dua orang yang banyak jasanya kepada SkSPR iaitu Cikgu Juliah binti Sarju, mantan BG dan Cikgu Kamaliah binti Saaban, mantan guru BA SKSPR.

 

 

Doa

Hadirin sekalian,

 

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

 

Marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhd Jawawi bin Musanif, dipersilakan ustaz.

 

Amin3 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Muhd Jawawi bin Musanif atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

 

 

Ucapan GB

Hadirin dan hadirat,

 

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

 

Majlis mempersilakan Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dipersilakan cikgu.

 

Terima kasih Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim.

 

 




Tayangan video


Hadirin dan hadirat, majlis seterusnya akan diserikan dengan tayangan video istimewa sempena Majlis Lambaian Kasih Tautan Budi pada hari ini. Kita beri laluan kepada bahagian teknikal untuk persediaan.


Sama-sama kita saksikan!


 

Ucapan C. Juliah

Hadirin sekalian,

 

Insan pertama yang kita raikan pada hari ini ialah Cikgu Juliah binti Sarju merupakan anak jati Seri Medan di mana beliau menggalas tanggungjawab sebagai GB di SKSPR sejak 2020 sehinggalah 2024. Banyak program dan perubahan yang telah beliau laksanakan sepanjang 4 tahun berada di sini. Kini, beliau kini memikul amanah juga sebagai GB di sekolah Baharu iaitu SK Parit Sulong.

 

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Cikgu Juliah binti Sarju untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan cikgu.

 

Terima kasih cikgu.

 

 

Hadiah

Majlis mempersilakan barisan pentadbir SKSPR untuk mengiringi Cikgu Juliah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan cikgu.

 

Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dari Barisan pentadbir. Dipersilakan Cikgu Rafadzilah bt Abdul Rahim menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan.


Kita akan teruskan dengan cenderamata dari PIBG. Dipersilakan En. Anuar bin kasim, YDP PIBG SKSPR.

Seterusnya, hadiah persendirian dari guru-guru. (rujuk hadiah).

Ketua-ketua kelas diminta bersedia.

Kelas pra sekolah

1 pintar – 6 pintar

 

Kita akan teruskan lagi dengan cenderamata dari murid-murid,

 

Dipersilakan (rujuk list)

 

Terima kasih Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim dan barisan pentadbir, Terima kasih cikgu Juliah binti sarju.

 

 

Ucapan C. Kamaliah

Sidang dewan sekalian,

 

Insan kedua yang kita tangisi pada hari ini ialah Cikgu Kamaliah binti Saaban yang mana telah berkhidmat di SKSPR sejak 2008 sehingga 2024. 16 tahun bukanlah tempoh yang singkat, pastinya ada kenangan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang di Rengas ini lebih-lebih lagi ia merupakan sekolah pertama beliau ditempatkan untuk berkhidmat. Anak jati parit Sulong ini kini menyambung tugas di SK Seri Chantek yang sememangnya berhampiran dengan rumah beliau.

 

Kita persilakan cikgu Kamaliah binti Saaban untuk mrnyampaikan ucapan, dipersilakan cikgu.

 

Terima kasih cikgu.

 

 

hadiah

Majlis mempersilakan barisan pentadbir SKSPR sekali lagi naik ke pentas untuk mengiringi Cikgu Kamaliah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan cikgu.

 

Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dari barisan pentadbir, Dipersilakan cikgu Rafadzilah bt Abd Rahim GB SKSPR. 

seterusnya mewakili PIBG. Dipersilakan En. Azri Effendy bin Abdul Rahman, NYDP PIBG SKSPR.

 Guru-guru... (rujuk hadiah).

Seterusnya, penolong ketua kelas diminta bersedia.

Kelas pra sekolah

1 pintar – 6 pintar

 

Kita akan teruskan lagi dengan cenderamata dari murid-murid,

 

Dipersilakan (rujuk list)

 

Terima kasih barisan pentadbir SKSPR.

 

 

fotografi

Majlis mempersilakan Cikgu Juliah naik ke pentas untuk Bersama Cikgu Kamaliah bagi sesi fotografi Bersama warga sekolah.

 

Dipersilakan semua murid pra sekolah,

Tahun 1…. tahun 6

Barisan pentadbir dan warga sekolah

 

Terima kasih semua.

 

 

penutup

Majlis kita sudahpun berada dipenghujungnya.

 

Sebelum bersurai – tasbih kafah dan al-asr.

 

 

Murid bersedia untuk bersalaman

Majlis mempersilakan yang diraikan pada hari ini Cikgu Juliah bt Sarju dan Cikgu Kamaliah binti saaban untuk berada di sisi dewan bagi bersalaman dengan semua murid.

 

Dipersilakan murid pra – 1 – 6

 

 

 

 

 

 

No comments: