© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, March 28, 2025

Majlis Khatam & Penutup Ihya Ramadan

 [image]



PERKARA

 

nota

 ALUAN

 

 

bismillah. selawat.

Yang berusaha cg rafadzilah bt abdul rahim, gb skspr

Yang dihormati cg pauzidan bin sungip gpk pentadbiran

cg yusma rizal b mohd idros gpk hem

cg nurul syuhada bt masrun gpk kokurikulum


yg dialu²kan en anuar b kasim, yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru (pibg) rengas

en azri effendy b abd rahman naib yg dprtua pibg,

en syukry bin hamdy, khalifah khatam alquran

yang dikasihi guru², kakitangan sekolah, ahli jawatan kuasa program, murid² serta hadirin sekalian. 

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



 

 

 

selamat datang ke majlis penutup ihya ramadan peringakt skspr bagi tahun 2025.


alhamdulillah sepanjang satu bulan ini banyak aktiviti telah dijalankan, antaranya tadarus alquran, takzirah ramadan, kuiz ramadan, kutipan sumbangan bakul kasih ramadan, aktiviti mewarna sampul raya dan sebagainya. 

Hari ini kita akan mulakan dengan majlis khatam alquran, insyaAllah.

 

peserta khatam





doa

hadirin dan hadirat, 

majlis menjemput dan mempersilakan peserta khatam alquran untuk mengambil tempat dihadapan. dipersilakan


sebelum meneruskan acara, marilah kita sama2 menadah tangan memohon keberkatan majlis dari Yang Maha Esa. bagi tujuan itu, majlis mempersilakan cg muhd luqman zuhdi bin ilman. dipersilakan.

amin² ya rabbal alamin. terima kasih cg luqman atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


khatam

Hadirin sekalian, 

Sedikit pesanan bersama.. marilah kita sama-sama menghayati dan mengikuti alunan ayat suci alquran yang akan diperdengarkan sebentar lagi.

alhamdulillah, demikian itu tadi alunan ayat suci alquranul karim. terima kasih semua peserta yang telah mengambil bahagian.


peserta khatam dipersilakan mengambil tempat di bawah.


Guru-guru dan anggota kakitangan perkhidmatan AKP untuk merakamkan gambar kenang-kenangan di atas pentas. dipersilakan.

ucapan gb

tuan2 dan puan2

tidak lengkap dan pastinya janggal majlis jika tiada ucapan uluan dari tuan rumah. untuk itu kita persilaka  yg berusaha cg rafadzilah bt abd rahim untuk menyampaikan ucapan. dipersilakan cg.


terima kasih cg rafadzilah, diminta tuan guru besar untuk kekal di atas untuk majlis seterusnya. 


 

gimik







hadiah sampul raya

Majlis menjemput TN HJ KUSWANDI BIN TAYEN

PENGERUSI 

KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD, Cikgu Masriah binti mohd Maserin, presiden jrobik peladangnita seri medan dan en azri effendy bin abd rahman, naib yg dipertia persatuan ibubapa dan guru pibg Rengasuntuk mengiringi tuan guru besar bagi menyempurnakan gimik majlis penutupan ihya ramadan. dipersilakan.



Hadirin dan hadirat, majlis akan diteruskn dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna sampul raya sempena ihya ramadan. 

Dipersilakan cg yusma rizal bin mohd idros, guru penolong kanan hal ehwal murid untuk mengiringi tuan guru besar, dipersilakan.


* baca senarai nama


Terima kasih cg yusma rizal


 

sumbangan raya

Majlis mengalu-alukan kehadiran ibubapa penerima majlis bakul kasih ramadan drengas.

dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan. 

 

 

Biodata yg dirai

Hadirin sekalian,

 

Ingin kami kongsikan serba sedikit biodata insan yang kita raikan pada hari ini.

 

Dilahirkan pada 9/9/1975 di Kg Hubung, Endau, Mersing. Dibesarkan di Felda Air Tawar 5, Kota tinggi.

Mendapat Pendidikan awal di tadika Felda Air Tawar 5, Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Air Tawar 5, SMK Semenchu dan SMK bandar mas. Kemudiannya melanjutkan Pelajaran ke institiut perguruan sultan idris, Perak, Institut Pendidikan Guru kampus temenggung sultan ibrahim, johor, dan kolej pengajian islam di selangor.

 

 Pasangan hidupnya puan fayrusniza bt muhd jamain yg juga merupakan guru di sk seri medan,

Dikurniakan 2 pasang cahaya mata:

Nur amira syuhada, nur amira najwa

Muhd amir fawwaz & muhd alif ilmi

 

Cgu Fazilah yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Haris memulakan perkhidamatannya dengan 

1. Penempatan pertama SK seri bandi, Terengganu 2000-2004, dan kemudiannya ditempatkan di SK SERI PEMATANG RENGAS 2005-2025

 

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

APC sebanyak 3 kali iaitu pada

2003- SK seri bandi

2012- SK seri pematang rengas

2022 - SK Seri Pematang Rengas

 

Dan kini, cikgu haris telah dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan kokurikulum di sk seri laksana.

 

Sepanjang dua puluh tahun di SK Seri Pematang Rengas, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan warga rengas dan juga komuniti setempat. Banyak Kerjasama dan pengibatannya dengan agensi luar sama ada Kerajaan mahupun swasta. Tidak hairanlah cikgu haris amat dikenali orang warga medan dan batu pahat.

 

Begitulah serba sedikit tentang Cikgu haris.

 

pra pulang

Sidang dewan sekalian,

 

Majlis menjemput Cg haris untuk turun ke bawah bersalaman dengan murid pra sekolah yang bakal berangkat pulang. 

 

Dipersilakan murid pra sekolah bersama hadiah kelas.

Terima kasih cgu haris.

 

 

Ucapan yg dirai

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

 

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

 

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua bagi mendengar ucapan dan amanat dari yang diraikan Cg haris zaidi bin omar ali. Dipersilakan cg.

 

Terima kasih Cg. haris atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang telah disampaikan dapat dijadikan pedoman dan ingatan untuk kebaikan kita bersama.


Kita minta cikgu Haris agar kekal di atas.  dipersilakan barisan guru dan akp utk sama² bergambar dengan yang diraikan.

 Terima kasih barisan guru & AKP


 

Cenderamata

 

 

 

 

 

 

 

 

Warga dewan sekalian,

 

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata buat cg haris.

 

1. Cenderamata dari PIBG, dipersilakan YDP PIBG

2.Cenderamata dari Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah, dipersilkan pengerusi Bilik Guru, Cg Mohd Farid

3.dari kelas2, kita persilakan ketua kelas 1 pintar-6 pintar

4.unit beruniform pengakap -

5.cenderamata persendirian

 

fotografi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

penutup

Terima kasih diucapkan kepada semua.

 

Majlis sudah pun dipenghujungnya. Sebelum bersurai.. marilah sm2 kita mmbacakan tasbih kafarah dan surah al-asr.

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir untuk mengiringi Cg Haris mengambil tempat di laman santai (berhampiran tangga) untuk bersalaman dengan murid-murid.

 

 Murid-murid sila beratur mengikut kelas. 

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir skspr untuk mengiring Cg Haris serta jemputan ke Dataran dan seterusnya melambai kepulangan beliau.

 

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum w.w.b

 

 

 





No comments: