© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 12, 2024

Majlis Perpisahan Guru

 

TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH TAUTAN BUDI

Ketibaan tetamu

Hadirin dipersilakan mengambil tempat di dewan. Murid-murid diminta untuk berada dalam keadaan senyap sepanjang majlis yang akan bermula sebentar Sahaja lagi, terima kasih.

 

 

Ketibaan jemputan

Mengumumkan ketibaan yang diraikan Cikgu Juliah binti Sarju dan Cikgu kamaliah binti Saaban dengan diiringi barisan pentadbir SK Seri Pematang rengas. Dipersilakan untuk mengambil tempat di dewan.

 

 

Salutasi

Sireh lipat sireh pinang,

Sireh dari pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara

 

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamian, selawat.

 

Yang Berusaha Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim, Guru Besar SKSPR,

Yang dihormati Cikgu Pauzidan bin Sungip, GPK Pentadbiran

Cikgu Yusma Rizal bin Idrus, GPK HEM,

Cikgu Nurul Shuhada binti Masrun, GPK Kokurikulum

Yang diraikan pada hari ini,

Cikgu Juliah binti Sarju, dan Cikgu Kamaliah binti Saaban,

Yang dialu-alukan, En. Anuar bin Kasim, YDP PIBG,

En. Azri Effendy bin Abdul Rahman, NYDP PIBG,

Yang dikasihi, guru-guru serta murid-murid sekalian.

 

Selamat datang ke Majlis Lambaian Kasih Tautan Budi yang merupakan majlis penghargaan Istimewa buat dua orang yang banyak jasanya kepada SkSPR iaitu Cikgu Juliah binti Sarju, mantan BG dan Cikgu Kamaliah binti Saaban, mantan guru BA SKSPR.

 

 

Doa

Hadirin sekalian,

 

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

 

Marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhd Jawawi bin Musanif, dipersilakan ustaz.

 

Amin3 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Muhd Jawawi bin Musanif atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

 

 

Ucapan GB

Hadirin dan hadirat,

 

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

 

Majlis mempersilakan Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dipersilakan cikgu.

 

Terima kasih Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim.

 

 




Tayangan video


Hadirin dan hadirat, majlis seterusnya akan diserikan dengan tayangan video istimewa sempena Majlis Lambaian Kasih Tautan Budi pada hari ini. Kita beri laluan kepada bahagian teknikal untuk persediaan.


Sama-sama kita saksikan!


 

Ucapan C. Juliah

Hadirin sekalian,

 

Insan pertama yang kita raikan pada hari ini ialah Cikgu Juliah binti Sarju merupakan anak jati Seri Medan di mana beliau menggalas tanggungjawab sebagai GB di SKSPR sejak 2020 sehinggalah 2024. Banyak program dan perubahan yang telah beliau laksanakan sepanjang 4 tahun berada di sini. Kini, beliau kini memikul amanah juga sebagai GB di sekolah Baharu iaitu SK Parit Sulong.

 

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Cikgu Juliah binti Sarju untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan cikgu.

 

Terima kasih cikgu.

 

 

Hadiah

Majlis mempersilakan barisan pentadbir SKSPR untuk mengiringi Cikgu Juliah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan cikgu.

 

Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dari Barisan pentadbir. Dipersilakan Cikgu Rafadzilah bt Abdul Rahim menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan.


Kita akan teruskan dengan cenderamata dari PIBG. Dipersilakan En. Anuar bin kasim, YDP PIBG SKSPR.

Seterusnya, hadiah persendirian dari guru-guru. (rujuk hadiah).

Ketua-ketua kelas diminta bersedia.

Kelas pra sekolah

1 pintar – 6 pintar

 

Kita akan teruskan lagi dengan cenderamata dari murid-murid,

 

Dipersilakan (rujuk list)

 

Terima kasih Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim dan barisan pentadbir, Terima kasih cikgu Juliah binti sarju.

 

 

Ucapan C. Kamaliah

Sidang dewan sekalian,

 

Insan kedua yang kita tangisi pada hari ini ialah Cikgu Kamaliah binti Saaban yang mana telah berkhidmat di SKSPR sejak 2008 sehingga 2024. 16 tahun bukanlah tempoh yang singkat, pastinya ada kenangan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang di Rengas ini lebih-lebih lagi ia merupakan sekolah pertama beliau ditempatkan untuk berkhidmat. Anak jati parit Sulong ini kini menyambung tugas di SK Seri Chantek yang sememangnya berhampiran dengan rumah beliau.

 

Kita persilakan cikgu Kamaliah binti Saaban untuk mrnyampaikan ucapan, dipersilakan cikgu.

 

Terima kasih cikgu.

 

 

hadiah

Majlis mempersilakan barisan pentadbir SKSPR sekali lagi naik ke pentas untuk mengiringi Cikgu Kamaliah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan cikgu.

 

Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dari barisan pentadbir, Dipersilakan cikgu Rafadzilah bt Abd Rahim GB SKSPR. 

seterusnya mewakili PIBG. Dipersilakan En. Azri Effendy bin Abdul Rahman, NYDP PIBG SKSPR.

 Guru-guru... (rujuk hadiah).

Seterusnya, penolong ketua kelas diminta bersedia.

Kelas pra sekolah

1 pintar – 6 pintar

 

Kita akan teruskan lagi dengan cenderamata dari murid-murid,

 

Dipersilakan (rujuk list)

 

Terima kasih barisan pentadbir SKSPR.

 

 

fotografi

Majlis mempersilakan Cikgu Juliah naik ke pentas untuk Bersama Cikgu Kamaliah bagi sesi fotografi Bersama warga sekolah.

 

Dipersilakan semua murid pra sekolah,

Tahun 1…. tahun 6

Barisan pentadbir dan warga sekolah

 

Terima kasih semua.

 

 

penutup

Majlis kita sudahpun berada dipenghujungnya.

 

Sebelum bersurai – tasbih kafah dan al-asr.

 

 

Murid bersedia untuk bersalaman

Majlis mempersilakan yang diraikan pada hari ini Cikgu Juliah bt Sarju dan Cikgu Kamaliah binti saaban untuk berada di sisi dewan bagi bersalaman dengan semua murid.

 

Dipersilakan murid pra – 1 – 6

 

 

 

 

 

 

Sunday, January 28, 2024

Doa ringkas majlis sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillahirabbil alamin. 

(selawat).


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Januari ini dengan limpahan rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Panjangkanlah umur kami dalam kesihatan dan ketaatan kepada-Mu.


(Doa memohon ampun). 

Rabbana atina fiddunya hasanah... (hingga habis)

(selawat penutup).


Amin. 

Saturday, November 18, 2023

Teks Pengacara Majlis Persaraan

 

PERKARA

 

nota

 

 

ALUAN

Mengumumkan ketibaan Puan Kamariah binti Sukar, Mantan Pembantu Tadbir SKSPR bersama barisan pentadbir dan dif2 jemputan. Dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan.

 

Sireh berlipat sireh pinang

Sireh dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

 

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahirabbil alamin… assolatu wassalamu ala asyrafil ambiyai walmursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain..

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Yang Berusaha cg Juliah binti Sarju, GB SK Seri Pematang Rengas,

Yang dihormati cg. Pauzidan bin Sungip, cgu Yusma Rizal bin Idrus, cg Nurul Shuhada..

en anuar bin kasim ydp pibg, en. Abu bakar bin diman nydp, en. Sahom bin _______________

Yang diraikan pada hari ini puan kamariah bt sukar, mantan pembantu tadbir skspr,

Yang dialu-alukan en salehuddin bin abd rashid, suami puan kamariah. Selamat datang,

Yang dikasihi rakan-rakan guru dan murid2 sekalian.

 

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini dalam -MAJLIS BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG sempena persaraan pun akmaraih bt sukar di DEWAN ANGGERIK SK SERI PEMATANG RENGAS.

 

 

DOA

Hadirin sekalian,

 

Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

 

Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En Mohd Haris Zaidi bin Omar Ali. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

 

Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada En Muhd Haris Zaidi bin Omar Ali atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi, Moga-moga majlis kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa, insyaAllah.

 

UCAPAN GB

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Tak lengkap majlis kita ini tanpa ucapan dari tuan guru besar. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan YANG BERUSAHA CG. JULIAH BINTI SARJU, bagi menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada cg Juliah binti Sarju.

 

Ucapan wakil murid

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil murid skspr… untuk itu, dipersilakan Nurul Fatanah binti Hasri, Ketua Pengawas SKSPR untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

 

Terima kasih Nurul Fatanah.

 

Biodata pn kamariah

Hadirin sekalian,

 

Ingin saya kongsikan serba sedikit biodata insan yang kita raikan pada hari ini.

 

Dilahirkan pada 17/11/1970 di Tongkang pechah, Batu Pahat,Johor

Mendapat Pendidikan awal di SK Seri Medan dan SMK Seri Medan..

 

Mendirikan rumahtangga pada  05/06/1992 dengan cinta hatinya Salehuddin B Abd Rashid

Yang kini merupakan pesara Pemandu MDYP.

 

Dikurniakan 3 cahayamata yang diberi nama

1.Nur Illyana

2.Muhamad Ilyasa

3.Nur Iwana

 

Puan Kamariah memulakan perkhidamatannya dengan menjadi

1. 1988 Kerani Sambilan - Pejabat Pilihan Raya Johor, Johor Bahru.

2.24/03/1991 - Pembantu Operasi, SMK Penghulu Saad

3. 01/04/1994- Pembantu Tadbir, SJKC Cheng Siu 2, Batu Pahat

1995 - SMK Seri Medan

2011 - SK Seri Sejati

01/03/2022- SK Seri Pematang Rengas.

 

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

APC sebanyak 3 kali iaitu pada

1999- SMK Seri Medan

2008- SMK Seri Medan

2013 - SK Seri Sejati

 

Sepanjang hampir dua tahun di SK Seri Pematang Rengas, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan warga rengas dan juga komuniti setempat. Beliau juga telah Berjaya membantu Rengas mendapat penilaian Audit yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

 

Begitulah serba sedikit tentang Puan Kamariah.

Klw ms dah sntk xyah

slide

Hadirin dan hadirat..

 

Majlis akan diteruuskan dengan persembahan multimedia istimewa . Sama-sama kita saksikan!

 

 

Demikian itu tadi persembahan multimedia khas untuk majlis pagi ini. Untuk makluman semua, semua persembahan itu tadi adalah hasil kerja CG Suhaili bt Masdar. Tahniah & syabas, cikgu!

 

Terima kasih diucapkan.

 

 

Ucapan PN KAMARIAH

Sidang dewan yang dimuliakan,

 

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

 

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua bagi mendengar ucapan dan amanat dari yang diraikan Pn Kamariah bt Sukar. Dipersilakan puan.

 

Terima kasih Pn. kamariah atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang telah disampaikan dapat dijadikan pedoman dan ingatan untuk kebaikan kita Bersama.

 

 

Persembahan

MURID

 

 

Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan dari murid sk seri pmtg rengas. Dipersilakan.

 

Terima kasih murid tahun 6. Untuk makluman, persemabhan itu td adalah d bwh bimbingan cgu mohd haris Zaidi bin omar ali. Terima kasih cikgu

 

 

 

Cenderamata

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Warga dewan sekalian,

 

Dikesempatan ini, pihak sekolah berbesar hati untuk menyampaikan watikah persaraan. Utk itu majlis menjemput cgu juliah bt sarju utk menympurnakan acara. Dipersilakan pn kamariah bt sukar.

 

Seterusnya, penyampaian cenderamata buat puan kamariah.

 

1.      Cenderamata dari sekolah, dipersilakan cg juliah bt sarju

2.      Cenderamata dari pentadbir, dipersilakan barisan pentadbir

3.      Cenderamata dari bilik guru, dipersilakan cg farid, pmgku pengerusi bkgk

4.      Cenderamata dari pibg, diprsilakn en anuar b kasim, ydp

5.      Cenderamata dari pra, 1-6… dipersilakan ketua dan penolong ketua kelas

6.      Cenderamata persendirian…

 

Terima kasih diucapkan kepada semua.

 

Majlis sudah pun dipenghujungnya. Sebelum bersurai.. marilah sm2 kita mmbacakan tabih kafah dan surah al-asr.

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir untuk mengiringi Puan Kamariah mengambil tempat di laman santai (berhampiran tangga) untuk melambai kepada murid-murid yang akan pulang.


 Murid-murid sila beratur mengikut kelas. 

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir skspr untuk mengiringi PN KAMARIAH BT SUKAR SEKELUARGA serta dif2 jemputan ke Dewan Mawar untuk jamuan.

 

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum w.w.b

 

 

 

 

 

Friday, November 17, 2023

Ucapan Wakil Murid - Persaraan Pembantu Tadbir

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt wrt.


Terima kasih kepada pengacara majlis.


Yang diraikan Puan Kamariah binti Sukar, mantan Pembantu Tadbir SK Seri Pematang Rengas.

Yang berusaha Cikgu Juliah bt Sarju (GB),

Yang dihormati Cikgu Pauzidan bin Sungip (GPK Pentadbiran),

Cikgu Yusma Rizal bin Idrus (GPK HEM), Cikgu Nurul Shuhada bt Masrun (GPK Kokurikulum),

Yang dialu-alukan ahli keluarga puan Kamariah binti Sukar, Yang Dipetua Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), tetamu jemputan,

Yang dikasihi guru-guru, rakan-rakan serta hadirin sekalian.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada

Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya

dapat kita bersama-sama dalam majlis BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG yang sangat bermakna pada hari ini.


Hadirin yang Dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang

pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini,

kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang

Pembantu Tadbir yang sangat berdedikasi, Puan Kamariah binti Sukar.

Beliau bukan sahaja peramah, melakukan tugas dengan

hati yang tulus, malah sentiasa memberikan yang memberikan yang terbaik dalam tugasannya. 


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SK Seri Pematang Rengas merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Kamariah binti Sukar. Jasa dan baktimu kami sanjung, budi baikmu kami junjung sehingga akhir hayat.


Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada puan seisi keluarga. 


Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt


**

Kongsi sini senang nanti cari dan edit untuk majlis lain :D

Thursday, November 16, 2023

Kekanda yang Kami Kasihi


Senyum manis menghias wajah

Tutur kata penuh kemesraan

Membuat hati menjadi tenang

Mudah disapa dan sering menyapa

Itulah dia kekanda yang kami kasihi

Menceriakan sesiapa yang mengenali,


Ketekunan dalam berkhidmat

Sebuah dedikasi yang tulus

Ditabur tanpa sebarang pinta

Jelas amanah yang diutama

Untukmu kami hadiahkan

Bakti Disanjung, Budi Dijunjung,


Pastinya majlis ini tidak setimpal

Membalas segala jasa dan kudrat

Penat lelah yang kau curah

Namun inilah yang termampu

Untuk kami coretkan merakam penghargaan,


Duhai kekanda yang kami kasihi

Belum puas mengenal hati dan budi

Kekanda sudah diakhir perkhidmatan

Apalah yang boleh dikesalkan

Kerana masa dan waktu bukan kepunyaan

Harus kita akur pada ketentuan


Kenangan bersama kekanda tidakkan dilupa

Andai anda tersilap bicara

Kemaafan jua yang kami pinta

Semoga ada rezeki untuk kita bersua

Di lain masa dan ketika.


~Nurfatimahz Puteri, 16.11.2023 ~


**

Untuk Puan Kamariah binti Sukar, mantan Pembantu Tadbir SKSPR.