© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, February 25, 2007

hati saudara


“Sahabat, dalam kabut mencari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria
Di raut wajahmu..

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di dunia ini akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu…”


Seorang sahabat yang pernah menghulurkan tangan kepada ana suatu masa dahulu seakan menjauhkan diri dari ana. Maaf, jika ana yang bersalah. Maaf jika ana menyinggung perasaannya. Tapi ana bukan sengaja. Ana rasa apa yang ana katakan tidak melukakan hati sesiapa, apa lagi membuatkan dia terasa hati, tapi.. mungkin itu hanya di pihak ana, dipihak dia? Salah anakah?

Buat si dia, maafkan ana. Ana benar-benar susah hati sekarang. Sepatutnya ana tidak merasa apa-apa, tapi…? Tapi dan tapi. Ana rasa ana dijauhi. Ana takut perasaan ini. Rasa kehilangan. Hilang.

Biarpun kata-katanya adakalanya terlalu sinis buat ana, tapi itulah yang menguatkan ana. Walaupun ayat-ayatnya terlalu ‘power’, seakan sindiran buat ana, tetapi itulah yang membantu ana sebenarnya. Mengejutkan dari lamunan mimpi episod lalu yang telah berakhir. ‘Anugerah Istimewa’ itu.. mana mungkin dilupa. Anugerah itu amat dihargai. Karya itu sendiri terhasil kerana dia. Dia tahu dan seharusnya tahu.

Hati ana resah. Ada sesuatu yang perlu dilakukan agar ia dihentikan segera. Namun, apa yang perlu ana lakukan? Ya Allah, bantulah aku. Ya Allah, tetapkanlah hatiku. Ya Allah, lembutkanlah hatinya. Moga apa yang berlaku ini segera berlalu. Ana takut kehilangan sahabat, teman.. hati seorang saudara.

Dan sahabat itu.. sesungguhnya persahabatan ini amat ana hargai.

Berkawan kerana Allah
Berteman kerana Agama
Bersahabat kerana Perjuangan
Bersaudara kerana Satu Matlamat
Bertemu dan Bersatu
‘Merampas Kembali Apa yang Dirampas!’

No comments: