jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Monday, May 28, 2007
perasaan ini
Semalam.. aku ada msg dengan sorang tu.. ya, dia juga mengenali "mr" tapi tidak tahu apa-apa tentang hubungan aku dan "mr R".. Dan "mr R" awal-awal lagi (dlu2 la..) cakap yang dia tak rapat pun dengan orang tu, sama umur dengan dia, kenal bila, bla bla bla.. hurm..
Katanya.. "mr R" masuk hospital. Bukan. Dia bertanya padaku, dia dah keluar hospital ke belum? Aku fikir orang lain, lepas tu baru dia cakap 'mr R' masuk hospital sebelum ni, denggi. Hurmm..aku.. tetiba.. entah. pelik betul perasaan ini. Aku..harus kasihan atau simpati? Bukan aku mendoakan dia tidak sihat dan tak pernah begitu, malahan walau dia tidak lagi menghubungiku, dan aku juga begitu, tapi.. aku selalu mendoakan semoga dia senantiasa sihat hendak-Nya.
Aku.. semalam.. rasa.. entahlah.. aku rasa sedih. Mungkin dia dah sihat sekarang, mana la aku tahu.. Agaknya kes itu minggu lepas, minggu lepas2 ke.. Cumalah aku yang baru mengetahui. Tapi.. dia tidak punyai apa-apa hubungan lagi denganku, mengapa harusku bersedih? kenapa harusku rasa susah hati?
Aku doakan dia sudah sihat kini. Dan aku mengirimkan satu msg kepadanya. Semasa mencari-cari nombor untuk dipilih, baruku teringat yang aku telah mendelete nombornya tapi.. aku tak pernah melupakan nombor2 keramat itu..
"AsSLMualaikum. Apa khabar? Semoga sehat2.. Insya-Allah. jgn lupe rajin2 mkn ubat. Smoga cepat smbuh. Xcpt sakit.. Allah yashfika.. ameen.." 01.38am.
Mungkin kerana perasaan itu pernah ada, mungkin masih ada.. Ahh.. susah untuk mentafsirkannya.. Insan pertama yang membuka hati, mana mungkin mudah diusir pergi? Dan hubungan ini juga sebenarnya masih dalam tanda tanya. Aku tak pasti. Kami saling tidak menghubungi.. tapi ada juga sesekali dia mulakan dulu, dan aku juga begitu.
Apakah perasaan dia terhadapku? Rindukah dia padaku? Aku dianggapnya seorang teman? Banyak kisahnya dan terlalu panjang jalan cerita hubungan aku dan dia sehingga berubah menjadi begini.. Macam-macam kebarangkalian yang bermain difikiranku, tapi yang pasti, hubungan ini masih tiada noktahnya!
*************
Pada yang tidak menggemari entry ini, maafkan aku. Untuk pengetahuan, sebenarnya blog ini tercipta sebagai tempat aku meluah perasaan. Tertera pada description blog ini yang tak pernah berubah walau titlenya sesekali diubah. Maafkan aku sekali lagi.
Labels:
feeling
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
puteri... this is ur blog my dear... sume hak utk blog ni terletak atas pu3 je... so, no need to say sorry for worried about others...
erm... sume ade 'kisah' masing2... samada kite nak simpan sbg kenangan atau nak kecoh pd sume org... terpulang lah... mmg xdinafikan lah bese yg 1st ni susah nak lupa... susah nak 'buang' die even masa berlalu begitu cepat... klw nak contact die balik utk tanya kabar pun ape slhnya... err... die balas x msg pu3? klw bls... bitau ah diya :D
hmm..dia xbls.. myb sbb hntr tgh2 mlm.. tp ntahlah..dh biasa dia mcm 2 lps kitorg fisrt time jmp.. sedih kn?
tp utk satu hr tu.. pu3 ade kol dia, dia agkt.. dan lynn dia mmg mcm xpnh ada yg myakitkn hati pu3 slama ni..
Post a Comment