© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, May 16, 2007

usrah


Serius. Sukar untuk menyatakan tapi inilah kenyataan. Hari ini kali pertama ana ditemukan dengan usrah. Sebenarnya pernah 'berjinak-jinak' dengan usrah sebelum ini, tapi itupun di zaman sekolah, tahun 2005. Sejak menjadi student di sini, inilah kali pertama usrah ada di sini, yang ana tahu la. (mungkin kalau ada sebelum ini, hanya senior-senior yang terlibat.. mungkinlah sebab ana tak pernah mendengar 'usrah' sepanjang tempoh sebelum ini).

Ya..sungguh terharu dan tersentuh rasa. Betapa sekian lama jiwa menjadi gersang lantaran santapan rohani semakin kurang. Dan alhamdulillah, ada yang masih sudi menitipkan Ruhul Islami dalam sanubari. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat ukhtie itu (ana tidak sempat berbual dengan lebih panjang lebar selepas sesi usrah itu).

Antara yang dibangkitkan ialah isu semasa. Ya kalau dulu orang membuat dosa, rata-rata manusia mencerca, merasa jijik kepadanya (contoh : penzina). Tetapi pada masa kini, zina, rogol.. itu semua dipandang sebagai perkara biasa. Alangkah malangnya manusia berfikiran begitu.

Juga..apa yang telah berlaku di Palestin. Di sekitar MASJID AL-AQSA yang kini dalam proses merobohkannya. Tahukah kalian (ana cuma dengar-dengar sahaja sebelum ini tapi tidak tahu apa yang dilakukan secara lebih detail) bahawa MASJID AL-AQSA sedang dirobohkan secara senyap? Lorong-lorong dan terowong digali disekeliling MASJID AL-AQSA. Untuk apa? untuk merobohkannya. terowong yang digali itu sudah hampir bercantum. Naa'uzubillahi min zalik! Lalu, orang yang menemui terowong itu (bukan pihak musuh) ditangkap, ditahan dan dipenjarakan. Ya, begitulah ganjaran untuk para pejuang.

Seterusnya pemboikotan produk keluaran israel dan yahudi laknatullah.. Mesti dijalankan. Ana juga antara yang masih merangkak-rangkak dalam usaha memboikot. Terlalu banyak yang sudah familiar penggunaannya dalam kehidupan, namun ana akan cuba laksanakan. Kini, antara yang berjaya ana memboikot adalah Cadbury (xigt pula ejaannya), Johson&Johnson dan lain-lain. Selepas ini, insya-Allah..produk kegemaran ramai dan ana juga..Nestle serta banyak lagi syarikat-syarikat israel dan yahudi laknatullah.

Bercakap tentang boikot. Ana tidak melepaskan peluang untuk berbicara dengan ukhtie itu dalam majmu'ah kami.



Puteri : Bagaimana jika orang itu tidak mahu mengikut? Tidak mahu mendengar?

Ukhtie Na : Tak apalah, sekurang-kurangnya kita telah berdakwah. Jika mereka ingkar, itu urusan mereka dengan Allah. Tapi ingat, kita perlu berusaha sedaya mungkin kerana apa yang kita lakukan akan di soal di Akhirat nanti. Jika Allah bertanya, apa yang kamu lakukan untuk Islam.. apakah jawapan yang mampu kita berikan jika tiada apa yang kita lakukan?

Puteri : Orang itu perli, bagaimana pula?

Ukhtie Na : Perli yang bagaimana?

Puteri : Orang itu tahu ana tidak memakan beberapa jenis produk, dan dia pula menggemarinya. (ana pernah memberitahu pada mereka semua, ana menyarankan mereka turut memboikot sebelum ini, namun.. kata-kata ana hanyalah seperti debu-debu yang akan terbang dibawa angin). Setiap kali dia membeli barangan itu (Cadbury, KFC) dia ( dan mereka) akan mengajak ana menyertai mereka sedangkan mereka tahu ana tidak akan menyentuh barangan itu. (Ya Allah, betapa sakitnya hati bila dipermainkan begini). Kemudian, ana mendiamkan diri apabila dia berkata sedemikian, dia kemudiannya akan berkata "awak tak makan kan bende ni?"

Ana menangis selepas ana meluahkan apa yang terbuku di hati ana selama ini. ya..itulah betapa pedihnya hati selama ini orang yang dekat dengan ana, yang tahu apa yang ana suka, benci, berbuat demikian. Tahukah kesabaran ana hampir tercalar?

Lalu ukhtie itu membalas..



Ukhtie Na : Seharusnya enti membalas dengan jawapan yang selayaknya. Katakanlah, bahawa enti tidak redha untuk memakannya kerana tidak sanggup untuk bersengkokol dengan musuh-musuh Allah dalam menentang saudara seagama sendiri. Enti tidak akan memakan atau menggunakan barangan musuh-musuh Allah yang akan membawa kepada kemurkaan Allah kepada enti. Tahukah apa kata Yusuf Al-Qardhawi?

Puteri : Ya.. adalah haram kita membeli,menggunakan barangan yahudi (israel).

Ukhtie Na : Apa lagi katanya? Ada sesiapa tahu?

Puteri : Katanya, apabila kita membeli barangan itu seolah-olah kita sendiri membeli senjata untuk menghancurkan saudara se-Islam (Iraq, Palestin dan lain-lain).

Ukthie Na : Ya.. Apa salahnya jika kita berkorban sedikit demi Allah. Untuk berperang, mungkin kita tidak mampu. Boikot. Kita mampu dan perlu laksanakn. Lihat contoh jiran kita dalam memboikot Pepsi, akhirnya kilang tersebut ditutup. Semua kerana boikot. Nampak betapa pentingnya ekonomi?

Uktie itu berhenti seketika. Mungkin terlalu sebak. Sedih dengan apa yang melanda. Kemudian, dia berbicara semula..



Uktie Na : Kalaulah antunna semua berada di sana (Palestin, Iraq..).. Pasti antunna akan merasai betapa sakitnya hati apabila saudara kita sendiri membantu musuh untuk membunuh kita!

Dan sesi usrah itu berakhir tidak lama kemudian kerana waktu maghrib hampir tiba. Kata ukhtie itu, insya-Allah, selepas ini akan ada lagi usrah ini.. Ya.. ana ada keinginan untuk menyertainya..

Sedih..hanya beberapa orang teman yang mengikuti usrah yang berlansung tidak sampai satu jam setengah ini. Dalam 12 orang termasuk ukhtie itu. Ana tahu dia agak kecewa, namun katanya..dia tidak memaksa sesiapa.. Dan ana semakin sebak.

Fatwa Yusuf Al-Qardhawi, rujuk link di bawah ini
http://www.mail-archive.com/portal@ikapens.org/msg01230.html

2 comments:

Anonymous said...

lame dh diya xikut usrah... aduhai... tersentuh diya baca tazkirah pendek dr ukhtie na... erm... diya pernah ikuti satu ceramah ttg palestin,iraq dan kekejaman israel... ya Allah... mmg perit sgt bile tengok video ttg penderitaan mereka... sangat2 perit... berat mata memandang, berat lg bahu memikul kan puteri... :(

Puteri said...

ya..apa lagi mereka sendiri yang merasanya keperitannya..