© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, May 28, 2011

Aliya, Maysara

Ada dua orang sahabat, Aliya dan Maysara. Mereka berdua boleh dikatakan sahabat baik. Hampir semua tempat yang Aliya pergi, Maysara ikut, begitu jugalah sebaliknya.

Pada suatu hari, Aliya dan Maysara pergi ke pasaraya. Di sana mereka bertemu dengan kawan lama Aliya, Balqis. Kebetulan, Balqis juga ingin membeli-belah bersama Nora Elena. Aliya tidaklah begitu rapat dengan Nora Elena, akan tetapi mereka saling mengenali.

Selesai membeli belah, Aliya dan Maysara kekurangan wang. Maklumlah, ter-overdose, terlari bajet. Maka Aliya dan Maysara meminjam wang dari Nora Elena kerana Balqis tidak membawa wang lebih.

Keluar dari pasaraya, Aliya bercadang untuk pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang, membayar semula hutangnya kepada Nora Elena, hutangnya dan hutang Maysara sekaligus. Yelah, alang-alang kan.

Akan tetapi, rancak berborak punya pasal Aliya terlupa untuk singgah ke mesin ATM yang kebetulan agak tersorok di suatu sudut, padanlah dia terlupa.

Lalu beberapa hari kemudian, Aliya mengirimkan SMS kepada Balqis, dengan harapan Balqis akan menolongnya membayar hutangnya dann Maysara kepada Nora Elena. Iyalah, segan dengan si Nora Elena tu.. Kalau berhutang dengan Balqis takla segan sangat sebab Balqis dengan Aliya memang kamceng.

Balqis membalas, hanya Aliya yang masih berhutang dengan Nora Elena. Maysara sudah menjelaskan hutangnya sebelum ini.

Aliya senyap.

Tak boleh ke bagitau nak bayar kepada Nora Elena?
Tak boleh ke tolong bayarkan bagi pihaknya sekali?
Nanti pandai-pandailah Aliya bayar kepada Maysara.
Yang tu pun tak boleh ke?

Apa punya kawan da...
Aliya mengomel-ngomel lagi.

4 comments:

Cikli said...

kalau guna nama salmah, swee lan, kumari... senang sikit nak faham.

Latifah said...

errr... tak berapa nak faham.
ke Latifah yang slow? huhuh

puteri said...

cikli -->>

ok..len kali guna nama2 yang disuggestkan cikli
:)

puteri said...

latifah -->>

itu sketsa masyarakat yang berlaku
ada kawan ingatkan dia
tapi dia melupakan kawan pula