Di Malaysia; KLCC, Melaka, Pahang, etc
Mesej: Tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011
Di luar negara; Perth, Hobart, Switzerland, Taipei, Hong Kong, etc..
Mesej: Tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 & Kami mahu hak mengundi!
Nota tambahan:
Mengapa tolak Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011 a-k-a Peaceful Assembly Bill 2011?
“AMK melihat RUU ini lebih zalim berbanding peruntukan Seksyen 27 di bawah Akta Polis 1967 serta mencabuli hak kebebasan berhimpun,” katanya pada satu kenyataan media.
Katanya, melalui akta berkenaan, pihak polis diberi kuasa yang lebih luas dan berhak menahan mana-mana individu yang menyertai perhimpunan aman.
Menerusi Seksyen 15(2)(h), polis diberikan kuasa dalam membuat keputusan melibatkan tarikh, masa, tempoh dan lokasi perhimpunan serta kaedah berhimpun.
Lebih memburukkan lagi, katanya, individu yang melanggar mana-mana sekatan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak polis boleh didenda sehinggaRM10,000.
(Selanjutnya: KeadilanDaily).
Isi kandungan Rang Undang2 tersebut (Melayu).
Content of PAB (English).
6 comments:
puteri reformasi
hidup..!!! hehe
banyak juga aktiviti kat luar negara nampaknya
iya.. tiada yang melaporkan..
hehehe.. kata 'mereka', rakyat Malaysia di luar negara ni..
- ketinggalan,
- tak tahu isu semasa dalam negara
sebab tu 'mereka' tak nak kasi rakyat di luar negara mengundi
hahahaha!
betul kan cakap 'mereka'?
Macamana layanan pengundi apabila memakai baju kuning ketika membuang undi PRU yang tidak lama lagi?
hahaha!
akubiomed telah memberi idea secara tidak langsung
pakai baju kuning semasa GE13
yea! KUNINGkan pilihanraya!!
Post a Comment