© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, January 18, 2007

tanda tanya


Pagi ni, ana terlihat sebuah buku yang dibaca oleh seorang kawan dalam dewan kuliah, dia berada di belakang ana. Agak menarik perhatian. Lalu ana bertanya kepada kawan sebelah.. "buku sape tu?" Dia menjawab "ade la.." Dari jawapan itu, ana mengagak, ia adalah milik kawan sebelah ana, ataupun dia meminjamnya.

Kemudian, ana meminta izin darinya untuk meminjam buku tersebut untuk seketika. Ana membelek-belek. Tajuknya, "PRESTASI RAKYAT 2004". Dicetak oleh PNMB (Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2004). Nama penulis atau pengarang tidak pula disertakan. Puas ana mencari di bahagian kulit depan, belakang, di bahagian depan dan akhir buku, namun masih tidak ditemui. Buku itu terbahagi kepada beberapa bahagian, Ekonomi, Politik, Pendidikan, Sosial dan Keselamatan.

Di bahagian Ekonomi, ianya tercatat peratusan penduduk Malaysia, pendapatan isi rumah, kadar pengangguran dan sebagainya. Ana melihat-lihat pula dibahagian Politik. Ada peratusan pengundi, kedudukan kerusi parlimen, keputusan pilihan raya dan lain-lain berkaitan politik. Firasat ana mengatakan penulis buku tersebut ialah orang BN. Kenapa?

Dari segi 'persembahan' dalam buku itu pada bahagian nisbah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti. UMNO : PAS dan UMNO : PAS : ADIL. Hati ana berkobar-kobar pula untuk melangkau terus ke bahagian Keselamatan. Pada muka pertama bahagian itu ialah definisi keselamatan negara, takrif keselamatan dan ancaman keselamatan. Seterusnya ana tertarik dengan beberapa subtajuk dan ingin dikongsikan di sini...

PEMBENTUKAN IDEOLOGI DAN JIHAD BERCORAK MILITAN : ANALISIS SOAL SIASAT TERHADAP 16 TAHANAN MENDAPATI IDEOLOGI DAN SIKAP MILITAN TERBENTUK AKIBAT

*Terdedah kepada Jihad diperingkat remaja lagi
* Pendedahan kepada ceramah-ceramah Fadzil Noor, Hadi Awang dan Nik Aziz mengenai Jihad dan Syahid.
*Pengaruh ibu bapa yang membataskan pendedahan kanak-kanak kepada kumpulan Agama tertentu sahaja.

Ana merasa geram tiba-tiba. Ya Allah, geramnya yang amat. Muka surat seterusnya "Senarai Anggota Jemaah Islamiah (JI)" Ada gambar Wan Min Wan Mat, Dr. Azahari Husin, Khalid Al-Meeda, Hambali dan lain-lain. Seterusnya gambar berserta penerangan Zainon Ismail (Pemimpin KMM pertama di Afghanistan) dan Nik Adli Nik Aziz (Pengganti Zainon Ismail). Siapakah penulis buku tersebut? Penuh misteri dan meninggalkan tanda tanya.

No comments: