© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, April 18, 2007

kekhilafan


salam.. tolong..
kepada sesiapa yang berkenaan..
aku mendapat emel dari sesorang yang tak ku kenal..
ade kisah yang bertentangan dengan apa yang aku pelajari
bukan..
banyak bertentangan dengan apa yang kita pelajari tentang sirah Islamiah!!

berikan aku kekuatan untuk mematahkan hujah-hujah mereka

atau.. beri aku kebenaran.. ya.. mana yang hak!

Muawiyah : Seorang sejarawan Islam yg ulung, Ibnu Kathir pernah menulis, "..umur Khadijah (ketika meninggal dunia) ialah 65 thn, ada ulama mengatakan 50 thn, dan yg ini(50 thn) lebih benar." Maknanya di sini, pendapat yg mengatakan umur Khadijah ketika beliau meninggal dunia ialah 50 thn adalah lebih tepat berbanding pendapat yg mengatakan umur beliau ketika meninggal dunia ialah 65 thn. Manakala semua ulama hadis dan ahli sejarah sepakat bahawa Khadijah hidup bersama Rasulullah s.a.w sbg suami isteri selama 25 thn. So, 50-25=25. Oleh itu, umur Khadijah ketika berkahwin dgn Rasulullah s.a.w. ialah 25 thn dan pendapat ini adalah LEBIH TEPAT drpd pendapat yg mengatakan bahawa umur Khadijah ketika berkahwin dgn Rasulullah s.a.w. ialah 40 thn.


Puteri : salam...berhati2 dgn apa yg anda sdg sebarkan.. bimbang anda mnyebarkn apa yg tidak benar..

Muawiyah : sy sendiri yg tulis wahai saudari. kalau saudari tidak berpuas hati, sila layari www.video.google.com dan taip 'pemurnian sirah' di search box then klik search. saudari juga boleh layari www.darulkautsar.com dan klik pada 'pemurnian sejarah Islam'. sy cuma mahu berusaha membersihkan sirah yg telah tercemar.

Puteri : knp pula br trsebar sdg sejarah itu lbh dr seribu tahun yg lalu? sy syaki ada unsur2 yg tidak baik

Muawiyah : utk pengetahuan saudari, selama ini kita banyak belajar sirah drpd ibnu ishaq yg dianggap sbg bapa sirah. sebenarnya beliau seorg PENIPU dan berkemungkinan beliau ialah syiah. beliau tidak disukai oleh ulama2 sunni yg sezaman dgnnya, malah imam malik r.a. pernah mengatakan beliau ialah dajjal, haha! tetapi entah macamana beliau diangkat sbg 'bapa sirah' selepas kematiannya. mungkin pengikut2nya yg menyebarkan 'ajaran2 sirah' beliau sampaikan kita pun terpengaruh. sebenarnya ada lagi perkara2 dlm sirah yg
telah tercemar selain drpd soal umur khadijah ketika berkahwin dgn nabi s.a.w, antaranya cerita nabi berkahwin dgn aisyah ketika aisyah masih kanak2, muawiyah bin abu sufyan ialah seorg yg licik, pemberontak dan jahat, yazid bin muawiyah pembunuh saidina hussein, kepala saidina hussein dihantar kpd yazid, saidina umar menanam anak perempuannya hidup2 sebelum memeluk Islam, hindun(isteri abu sufyan) memakan hati ataupun jantung hamzah bin abdul mutalib, al-quran tidak pernah dibukukan ketika rasulullah hidup tetapi al-quran cuma ditulis pada batu la, pelepah tamar la, percayalah, semuanya itu BOHONG semata2!! semua/hampir semua drpd cerita2 yg sy sebutkan di atas berasal drpd SYIAH!! layarilah dulu dua laman web yg sy dah berikan tu, insya-ALLAH awk akan jumpa jawapannya.

2 comments:

de_kerinchi said...

salam puteri,

sila forwardkan hujah mereka ke email saya de_kerinchi@yahoo.com

Anonymous said...

anda dijemput untuk meriahkan lagi di komuniti iEn. terima kasih hehe!