© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, October 07, 2008

aku dan al-ustaz


aku yang teruja tatkala al-ustaz menjawab,
tanpa ku utarakan soalan.. hehe






Tatkala aku mahu mencurahkan segala rasa kasih buatnya, al-ustaz mengatakan jika dia menjadi suami kamu sekalipun, dia bukan milik kamu. Begitu juga jika dia menjadi isteri kamu, dia juga bukan milik kamu. Bila kamu memiliki sesuatu, kamu tidak akan menghargainya. Juga jika kamu tidak menjaganya dengan baik, mungkin dia akan menjadi milik orang lain?

Tatkala aku mahu mengukuhkan harapan dalam perhubungan ini, al-ustaz menasihati; cintailah dia sekadarnya sahaja. Tidak bolehkah mengharap pada sesebuah ikatan? Jangan terlalu mengharap dan jangan terlalu banyak mencintai seseorang, bimbang kamu tidak akan dapat menerima bila kehilangannya.

Baru sahaja aku mahu meletakkan hanya dia dihati, untuk kini dan selamanya, al-ustaz menegur, jangan sampai kamu terlalu kecewa suatu hari nanti. Pesan al-ustaz masih terngiang-ngiang. Aduh, macam tahu-tahu pula hati aku yang sedang berbicara di sini.

Bilamana rindu itu datang menyapa, bayangannya datang menghampiri mengejar fikiranku, dan hati mula berdegup kencang bila tiba saat itu.. segera ku menepis. Biarlah segalanya seperti yang ditakdirkan. Andai ada jodoh buat kita, kita pasti akan bertemu dan bersatu bila tiba saatnya. Dan aku pasti menerimanya dengan hati yang berbunga bahagia, moga terus menguntum mekar di taman kasih yang kita bina bersama.

Namun andai takdir dan janji itu bukan tertulis buat kita, sabar dan redhalah dengan ketentuan-Nya kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Sesungguhnya tidak semua yang kita yang kita mahukan adalah terbaik buat kita.

2 comments:

teddi said...

emm saya sokong..
kita tidak perlu sayang sangat2 kepada si dia
bila kehilangan rasa sakit je hati

Puteri said...

ya.. tapi kan.. time tak brperasaan ble la ckp cmni.. klau dh syg gile.. uih..ckp sng la..nk bwt ssh./.kn?