© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, January 05, 2011

1st entry 4 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 akidah.

He.he.. rini balik 'keje' pegi CC dan online.. Sebenarnya nak hantar email kepada Ketua Program di USIM nu.. Tapi ada maklumat yang belum dilengkapkan.. Maklumat berkenaan dengan tempat praktikal sekarang ni.. Jadi, esok-esok lah saya email kepada beliau..

Ohya.. Undilah cerpen saya 'Bunga Kasih' di 99 Hari Kisah Klasik. Jangan lupa ya.. Klik link laman tersebut dan undi saya tau.. Psstt,, Penting: Jangan undi orang lain, tetapi WAJIB undi saya! He.he.he..

Ahha.. Hari ni hari ketiga gi 'keje'. Mmm.. semuanya berjalan dengan agak lancar. Walaupun ada kerja yang dilakukan tidak berkaitan dengan pengajian di USIM, tapi tak mengapalah daripada tak ada kerja/pengalaman bekerja langsung.. Kan?

Nak tau tak apa antara kerja yang saya buat? Jaga kaunter Pejabat Agama, pastu tunggi pelanggan datang. Sama ada nak ambil borang nikah, atau hantar borang nikah. Kalau mereka hantar, saya akan taip/buat surat permohonan mereka, lepas tu print dengan cop Pegawai.

Ada juga yang datang untuk ambil/hantar borang KAFA, juga untuk sesi kaunseling. Tadi pagi saya ada jadi 'kaunselor' sementara sebab pegawai yang berkenaan agak sibuk. Lepas tu dah dengar masalah dia, saya tulis dan serahkan kepada pegawai. Pegawai akan hubungi pengadu semula dan panggil untuk sesi kaunseling.

Lagi? Cari sijil nikah/cerai. Juga boleh dikatakan jadi operator, angkat, jawab panggilan telefon. Ada juga buat resit pembayaran pelanggan. Tapi tak banyak la buat resit tu. Time tak ada orang/orang panggil tolong buat. Lain2, tolong kemas/semak permohonan Kad Nikah Pintar. Penah dengar tak? Ala..macam IC, cuma kad ni lebih mudah daripada surat/sijil nika. Boleh letak dalam poket/dompet. Harga RM40 untuk dua keping. Sape2 yang belum buat (tapi dah kawen) bolehlah buat di Pejabat Agama kawasan masing2.. :)

Cerita sedih hari ni:

Pagi tadi jam 7.20 am, saya tahan bas nak gi tempat 'keje', tapi dia tak berhenti. Sangat sedih. Teksi lalu pun dia tak nak berhenti jugak. Ui.. dia tak nak duit saya.. Uhuuu.. Dan saya dah mula cuak bila jam melebihi 7.45 am. Opis masuk 8.00 am. Takotnya.. Takot sangat kalau masuk lambat. Yelah, dah lah tengah praktikal. Apa pula kata penyelia (walaupun beliau/staff ada yang masuk lambat, tapi tu diorang..kita lain, ok?).

Saya pun pakai tahan je moto/kereta yang lalu lalang. Tahan punya tahan, tak ada yang berhenti. Banyak juga kakak/makcik yang lalu (dengan kereta) tapi tak berhenti juga bila saya tahan. Segan tu jangan cakap lah. Tapi segan tu tak dilayan.

Akhirnya, ada sebuah kereta produa berhenti. Seorang lelaki, bersama anaknya yang lebih kurang 3-4 tahun berhenti.. Beliau dengan baik hatinya menumpangkan saya, malah menghantar saya ke depan pintu pagar pejabat.

Saya sangat2 berterima kasih kepada beliau. Jasa beliau akan dikenang dan saya doakan semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki beliau (saya ada sebut benda ni sebelum turun kereta, selepas dia menolak sejumlah wang yang ingin saya berikan).

Ok.. itu je untuk hari ni

:)

Nota:
Saya belum sempat blogwalking. Nanti saya online semula suatiga hari lepas ni dan akan komen di blog kalian. Ok? Jaga diri.

19 comments:

Cikli said...

nasib baik pakcik tu baik sungguh...

Fahmi Raazali said...

rilek... buat mana yg termampu... fokus yg mana penting dulu... :-)

nnt2 boleh jek blog walking :-)

sekarang ni manusia lebih individualistik...

mungkin jugak sbb keadaan... penah dgr kan orang kena rompak bila niat nk tolong orang yang tahan kat jalan...

suri said...

jgn tertekan..slow2 itulah pengalaman pratikal semua org akan lalui kelak.. tu blu berkerja betul2 lagi heee.

kak dah tukar baner puteri.kak mtk kak nora buatkan.. huuu..harap putri suka :)

tehr said...

alhamdulillah
masih ada insan yang mulia dalam dunia ni

Pencacai Alim said...

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya

puteri said...

cikli -->>

kan?
alamdulillah dia sudi tolong

puteri said...

fahmi -->>

laa ada ke yg wat cegitu?
tergamak betol

puteri said...

suri -->>

aw.. huuu.. hehee

puteri said...

tehr -->>

betul2

puteri said...

pencacai alim -->>

semoga Allah memudahkan urusan kita

suri said...

berapa lama pratikal??

patutlah sunyi jer ruang maya huuu

suri said...

adat latihan industri mmg bgtu ada pahit manisnya..

akubiomed said...

Okay juga diletakkan di bahagian perkhidmatan pelanggan dapat belajar memperbaiki komunikasi dan belajar karenah manusia. Nanti tidak kekok sekurang-kurang memahami masalah bahagian perkhidmata yang selalu dipandang sepi oleh pihak pengurusan.

Padahal mereka ini adalah frontline kepada sesuati organisasi. Sebelum telefon masuk ke GM mesti lalu melalui kaunter perkhidmatan pelanggan tau :-)

Pemerhati Dunia said...

Betul kata akubiomed tu, puteri. Walaupun kerja yang diberi tak sama dengan apa yang kita belajar dulu, awak ambil yang positif.

Macam saya, jawatan kerani biasa, tetapi diletakkan sebagai setiausaha timbalan ketua. semua kerja-2 setiausaha kena ambil tahu.

pada mulanya saya tidak berpuas hati juga, tapi lama kelamaan, saya positifkan diri, bagitau hati, saya ambil pengalaman dari semua itu.

Dan satu lagi, hati-2 ye kalau tumpang kereta orang. Dah banyak kes tau.

Salam perkenalan ye.

puteri said...

suri -->>

lama...
5 bulan....
huuu

puteri said...

suri -->>

ya..kan.. pgalaman bkrja :)

puteri said...

akubiomed -->>

snok jugak layan planggan..
ada plnggan yg klakar dua hr leps..
hehe

puteri said...

pemerhati dunia -->>

ya.. saya tahu..
tp masa tu trdesak sgt..
saya dh tahan kereta/moto yg prmpuan
tp diorg tak brhnti..
yg abg/pakcik tu je yg benti..
itupun ada ank dia la..
:)

faizal said...

wak buat practikal ye.?xpe la mula-mula buat kerje-kerje biasa dulu...benda paling penting ialah biasa kan diri dengan environmental workplace, kerana suasana belajar lain dari sausana kerja..gud luck ya