© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, January 25, 2011

modul mental di sekolah

~ Menangani masalah pelajar stress ~

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Kesihatan mulai bulan ini akan memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah untuk menangani masalah stres yang semakin meningkat dengan sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, program menangani kesihatan mental seawal umur remaja itu buat permulaan diperkenalkan di empat sekolah perintis selama enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, empat sekolah perintis yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Seberang Perai; Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Jasin; Sekolah Menengah St. Michael, Penampang dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

‘‘Modul ini antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti pelajar yang berdepan stres dan kemurungan, ini memastikan pelajar berkenaan menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin.

‘‘Program ini dilaksanakan bersama dengan Kementerian Pelajaran dan perbincangan akan dilakukan sama ada ia akan dilaksanakan dalam kurikulum pelajaran atau melalui aktiviti kokurikulum,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, masalah penyakit mental semakin serius dan ia boleh melanda sesiapa saja tanpa mengira lingkungan umur atau jenis pekerjaan yang dilakukan.


Baca selanjutnya di sini.

Sungguh, ramai orang, bukan sahaja 'pelajar' mengalami stress, tekanan emosi, perasaan, juga tekanan mental. Ramai yang mengalami sakit jiwa tanpa sedar. Sakit tanpa terlihat, mungkin sedikit, atau dalam jumlah yang kecil, tapi penyakitnya tetap ada.

Hurrmm.. Saya amat bersetuju dengan idea baru Kerajaan Malaysia. Tapi.. Kenapa lambat sangat? Masa saya sekolah dulu tak nak wat. Isqhh.. Mungkin idean belum ada lagi, atau pemberi idea ini belum masuk dalam kementerian lagi, atau.. alasan-alasan yang lain.

Dan ada komen dari seorang staff (bukan tempat praktikal saya), sepatutnya dekat semua institusi buat perkara yang sama.

Ups. tiba-tiba macam berkait pula dengan post saya yang sebelum ini.. tentang warga dan institusi.. Warga dan institusi itu tidak semestinya merujuk kepada 'institusi'...

7 comments:

Bangauputih said...

pa kabar saudari, maaf lama baru bisa blogwalking ksini.

Fahmi Raazali said...

dalam kes nie it's better late than never...

tp kan kalau ramai sgt yg tak tahan stress masalah jugak tu... dah nama pun hidup... mesti ada masalah punya...

jadi kena pandai kawal tekanan tu :-)

Cikli said...

semua orang stress...
bisa membunuh kalau ikutkan setan dan napsu

Mohamadazhan hjDesa said...

orang beriman sentiasa tenang sekalipun dilanda ribut :)

menjadi beriman elakkan stress

tehr said...

sentiasa ingatkan allah
hati akan sentiasa tenang, insya allah

Kakzakie said...

sistem pembelajaran sekarang teramatlah tinggi kalau bading dulu. sebab itu bila penjaga tak dapat mengajar kena pergi tusyen. pelajar tertekan kerana asyik belajar. itu pun jadi punca stress....

puteri jangan stress...hehehe....

Pemerhati Dunia said...

Iyelah puteri. Masa zaman kita tidak pula kerajaan timbulkan perkara ini.

Agaknya dunia sudah semakin mencabar, pelajar stress pun makin
bertambah.