© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, February 01, 2011

cat yang bukan kucing

Ada seorang pemuda berlari-lari anak menyertai beberapa orang lagi untuk menaiki bas yang baru sahaja tiba. Digagahkan kakinya berlari. Terlihat, kaki kirinya kurang berfungsi, kemalangan beberapa tahun lalu menyebabkan tulang kaki kirinya patah.

Namun, ia langsung tidak menghalang dari dia melakukan pekerjaan. Dia merupakan salah seorang pekerja di sebuah kedai makan. Inilahlah rutin hariannya, datang kerja menaiki bas. Pulang kerja juga menaiki bas. Namun hampa, bas yang tiba tadi bukanlah bas yang akan membawanya ke destinasi, rumahnya.

Lalu dia kembali, berjalan ke arah tempat menunggu bas. Dia seorang lelaki berbangsa Cina. Sambil berjalan, dia melihat saya. Saya juga yang sedari tadi melihat dia. Saya menghadiahkan senyuman. Dia juga.

"Lu mau ke mana?" Soalnya.
"Kodiang.." Saya menjawab.
"Bas yang sebelum tadi terlepas, kaki lambat" Katanya tanpa ditanya.
"Mau ke mana?" Tanya saya.
"UUM" Dia akan menaiki bas ke Changloon, bisik hati saya.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Kemudian saya berfikir-fikir.

"Pukul 5.45 nanti ada bas ke UUM" Saya ingin menyejukkan hati dia.
"Lu punya bas dulu kot?"
"Saya punya bas pukul 6"
"Oh ya ka.."

Dia agak peramah. Tanpa ditanya, dia menceritakan bahawa dia kedai makan tempat dia bekerja terletak di hujung bangunan yang bertentangan dengan tempat menunngu bas. Saya membalas dan bertanya beberapa soalan, menunjukkan minat kepada ceritanya.

"Nama saya Cat" Dia memberitahu.
"Oh.. Cat" Balas saya sambil cuba mengeja namanya. Keath kah? Kate?
"Tapi bukan Cat kucing" Tambahnya bagai mengetahui apa yang sedang saya fikirkan.

"K-E.." Saya cuba mengeja sambil didengarinya. Supaya tidak menunjukkan yang saya ada mengeja C-A-T tadi, he.he.he..

Lalu dia menyambung.. "K-E-A-T, (bunyinya) Cat".

Oh..


9 comments:

♥ manje ♥ said...

salam ziarah

bunyi sama tapi tak sama ejaannya...

Kakzakie said...

Salam puteri,

Kalau lihat spelling sepatutnya pronouncenya tak sama. Tapi mungkin dia yg nak sama.....

tehr said...

sedikir kita susah
masih banyak lagi rupanya orang yang lebih susah

Cikli said...

salam dik,

jauh berjalan banyak dilihat.
lama hidup banyak dirasa.

beautiful_rose said...

sama bunyi lain ejaan lain makna kan.

Fahmi Raazali said...

kalau saya... saya sebut bunyi nya jadi kit... :-)

hehe.. apa2 pun elok panggil org guna nama dianya sendiri :-)

Benrauf said...

nampak lebih stylo kot. kawan aku namanya keen tapi dipanggil ken.

akubiomed said...

Macam perkataan 'sepak' sebutan dan maksud yang berlainan :-)

Pemerhati Dunia said...

Dalam kesian, sempat juga kenakan dia ye puteri hehe