© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, February 08, 2011

imam muda musim ke-2

~ Temuduga dan sesi uji bakat ~




Pencarian Imam Muda bagi musim kedua kerjasama Astro OASIS dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di wilayah utara akan bermula pada:

Tarikh: 11-12 Februari 2011
Masa: 8 pagi - 4 petang.
Tempat: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah

Bagi mereka yang mempunyai kelayakan seperti:

- lelaki Muslim yang fasih berbahasa Melayu
- boleh menguasai lebih dari satu bahasa
- berusia 18 - 27 tahun
- sihat tubuh badan
- memiliki suara yang lunak
- boleh membaca al-Fatihah dan ayat-ayat lazim dengan tajwid dan fasahah
- mempunyai pengetahuan umum dan hal ehwal semasa,

Anda dialu-alukan untuk menghadiri sesi uji bakat ini.

Jangan lupa bawa bersama anda kad pengenalan bersama salinan, dan juga sekepiang gambar profile hingga ke paras pinggang.

Nota penulis:


1- Iklan untuk awal bulan.. he.he.. :)
2- Rasanya tak salah kalau ada program 'Imamah Muda' pula selepas ini... Perempuan pun boleh jadi imam kan (kepada perempuan/makmumah sahaja)..

18 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Puteri,

Kakak suka program ini. Mencungkil bakat ilmuan yg baik. Boleh dijadikan calon menantu. hehehe.....

suri said...

salam..
suri..umh tak der astro huu...tapi mmg sokong klu program ni ada kt tv

Puteri said...

kakzakie -->>

w'salam,

saya tak pernah pun tengok program ni sebenarnya.. he.he..

yang ada pun baca di dada-dada akhbar.. :)

tapi menyokong!

Puteri said...

k. suri -->>

w'salam..

kite pun takde astro.. hehe.. terbaca iklan yang dihantar ke opis kite dua-tiga hari lepas.. jadi tolong iklankan.. :)

Cikli said...

sayang betul saya dah lebih umur.... kalau tak dah ada bakal juara tahun ni. hahaha

Anonymous said...

salam

kita suke tgk program ni...
dapat jugak ilmu baru... ~

Pemerhati Dunia said...

La, apsal tukang promote yang tidak pernah tonton rancangannya...

Puteri, kalau ada imamah muda lepas ini, bolehlah tuan puteri kita ini join...hehehe

gadisBunga™ said...

saya lebih suka kalau diorg faham maksud ayat2 yg dibaca berbanding bersandarkan kemerduan suara sahaja.

abah aman said...

salam puteri,
kalau ada program imam tua pun, abah belum tentu layak. Tak cukup ilmu...

Puteri said...

cikli -->>

ha.ha..
kalau cikli juara, boleh lah bedak2 ke puteri kan.. hehe

Puteri said...

manje -->>

:)

Puteri said...

pemerhati dunia -->>

insya-Allah.. hehe

Puteri said...

GB -->>

btol3!

Puteri said...

abah aman -->>

ha.ha..
sama-sama belajar :)

bangauputih said...

pa kabar puteri, alhamdulillah saya dan budak2 sihat2 saja.

Puteri said...

BP -->>

baik, alhmdulillah :)

maza said...

ah.. maza dah terlajak umurlah fulaks. hehehehe

Puteri said...

maza -->>

kekeke