© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, January 18, 2011

aku hairan

Aku hairan
ada institusi yang inginkan
warganya menjaga nama baik mereka
tapi kebajikan dan nama baik warga
ada institusi menjaganya?

Aku hairan
ada institusi yang adakan aktiviti
untuk membantu orang luar, anak yatim
tapi warga sendiri, bukan sahaja di-anak-tirik-an
malah di-anak-yatim-piatu-kan

Aku hairan
institusi ingin membuktikan kuasa
namun warga tersiksa
apa yang mereka inginkan?
dihormati? disanjungi?
atau ditakuti warga sendiri?

-Nurfatimahz AKA Puteri-
18/01/2011 @ 09.49 am

7 comments:

Pemerhati Dunia said...

Salam cik puteri.

Marahkan siapa ni? Banyak2kan bersabar ye.

Inilah dunia.

Puteri said...

pemerhati dunia -->>

marahkan dunia..
bolehkah?

Fahmi Raazali said...

cek puteri... itu la kebiasaan yg berlaku di dalam sesebuah organisasi...

selalu bertanya tentang sumbangan kita terhadap organisasi itu sahaja, tapi pada masa yang sama mereka tak pula bertanyakan apakah sumbangan organisasi tersebut kepada warga mereka...

jika kita bekerja di organisasi yang menjaga warganya, sudah tentu kita akan bekerja dengan senang hati dan produksi mungkin boleh ditingkatkan...

huhu... lagi satu, kadang2 kita sebagai manusia menghadapi masalah peribadi, tapi bila ditempat kerja ada konflik dengan tempat kerja pula...

bertambah-tambah stress la jadinya... :-D

Cikli said...

oh dunia...

suri said...

marah tak baik .. muhasabah diri paling bagus heeee

tehr said...

sapa tu, puteri?
nanti nak sekeh sekali

Blogger said...

wow. sosialis.