© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, January 07, 2008

jangan jangan jangan


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar)

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan tidak menutup kepala ketika
membuang air kecil dan besar
kerana jika tidak , nanti di padang Mahsyar
kepala penuh dengan najis2 itu.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk

yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa

kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.

Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.

Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

4 comments:

hakim dirani said...

Saya rasa seakan-akan semua nasihat berikut adalah untuk saya. kerana banyak yang terkena atas diri sendiri. syukran.

aria ayumi said...

puteri... sangat2 bermakna nasihat ni... time kaseh ye... ade yg diya br tahu, dan ade yg diya dh tahu... really appreciate that.

"Jangan tidak menutup kepala ketika
membuang air kecil dan besar
kerana jika tidak , nanti di padang Mahsyar kepala penuh dengan najis2 itu."

tapi, yang satu ni diya kurang paham... kene menutup kepala yg mcm mana tu yek?

de_kerinchi said...

Salam maal hijrah,semoga cik puteri sekeluarga dirahmati Allah s.w.t.

Puteri said...

hakim dirani -->>
sama-samalah kita saling ingat memperingati.

diya -->>
kasihmu diterima. tutup yg kseluruhan (muke xya la). hehe

de_kerinchi -->>
salam maal hijrah juga. terima kasih.