© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, January 26, 2008

mukminah unggul


Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud FATIMAH
akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu SITI AISHAH

aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
menggendong puteranya yang masih merah
di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA

pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati
lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI
pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya

atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN

No comments: