Khidmat masyarakat di Rantau.
Semperna program minggu integriti FSU (yang telah dilancarkan sejak 28 Januari), khidmat baktisiswa mahasiswa FSU diadakan di mukim Rantau, Negeri Sembilan. Ia juga merupakan program akhir beserta dengan majlis perasmian penutup di Dewan Orang Ramai Rantau (DOR) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sebanyak 12 bas dari USIM bertolak ke Rantau bermula 8.00 pagi. Tiba di dewan orang ramai pada pukul 10.30 pagi. Kemudiannya mahasiswa seramai lebih dari 400 orang dibahagikan kepada 9 kumpulan yang sama setiap kumpulan akan ke lokasi berbeza.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Sega Hulu, Kampung Sega Tengah dan Kampung Sega Hilir (saya ingat kampung ini sahaja kerana saya ditempatkan di Kampung Sega Hulu).. =)
50 hingga 60 mahasiswa akan berada disetiap kampung. Antara tempat yang kami bersih dan kemaskan ialah balai polis, surau, dewan orang ramai, tanah perkuburan dan sebagainya (saya di tanah perkuburan.. sibbek siang, hehe).
Tapi, ada juga yang semakin kuat demam dan ada yang pengsan. Er.. mungkin cuaca yang panas.....
Sebenarnya tak banyak kerja yang dapat kami lakukan memandangkan tempoh masa yang pendek. Tambahan pula semasa kami tiba di DOR, kami dijamu mee goreng dan beberapa jenis kuih muih. Apabila tiba di kampung yang terlibat, kami diberi sedikit taklimat berkenaan dengan tugas dan dijamu makan sekali lagi. Oh.. sarapan dua kali. Hehe.
Sepanjang menjalankan tugas (macam besar je pekerjaannya), ketua kampung, ajk tertinggi dan beberapa orang kampung turut membantu. Tidak ketinggalan pensyarah FSU juga turun padang. Di tempat saya ada Mr. Anis, Ustzh. Nabilah dan Ustz. Arif (semuanya tidak mengajar saya). Di lain-lain lokasi adalah seperti Pn. Nik Salida Suhaila (selalu masuk al-Kuliyyah), Us. Lutfi (lec. sem satu), Us. Najib, Pn. Mariam Saidona, Mr. Nizam, Mr. Norman Zakiyy (mentor saya) dan ramai lagi.
Selesai tugas, makan tengahari. Best jugak masakan kampung negeri ini. Menu wajib; masak lemak, masak cili padi dan sambal. Di tempat saya kami dijamu menu ayam masak cili padi, pisang masak lemak, ikan kering, ulam2, sambal.. lagi.. tak ingat sebab banyak sangat, hehe. Sebelum pulang pula kami diberi cenderamata (ke cenderahati?) oleh wakil Umno kampung.
Pukul 3.00 petang, semua mahasiswa berkumpul semula di DOR. Ada persembahan cak lempong oleh kanak-kanak tadika dan persembahan silat orang wakil pelajar lelaki dan perempuan FSU, ucapan dari MB, Dekan FSU dan Timbalan NC USIM. Lepas tu, makan lagi (versi minum petang). Bihun goreng, karipap dan kuih koci. Sambil makan persembahan cak lempong berjalan. Hampir pukul 6.00 petang, baru semua mula berangkat pulang.
Ohya, ada cerita yang saya dapat, nama Kampung Sega pada asalnya ialah Kampung Sogoh (nama sejenis rotan). Kemudiannya ditukar ejaannya dari “sogoh” ke “sega”, namun penduduknya masih mengekalkan cara sebutan yang asal iaitu “sogo” (macam mana pasaraya kan?).
Kampung sega kemudiannya dibahagikan kepada 3 untuk memudahkan dikenalpasti, tengah, hulu dan hilir. Menteri besar pertama Negeri Sembilan berasal dari Kampung Sega Hulu, menurut ketua kampung. Katanya lagi, pembinaan zoo di kampung itu dalam perancangan, lokasinya masih belum ditetapkan (wah, menarik..). Akhir sekali, penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan mahasiswa USIM untuk kali seterusnya.
p/s : berbangga sebab kata pengerusi majlis, ini kali pertama mereka menerima kedatangan mahasiswa paling ramai.. (”,)
No comments:
Post a Comment