© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, February 08, 2008

hakikat bahagia


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata
di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara
di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

************************
esok pagi, pulang ke Nilai....

4 comments:

paan said...

salam puteri.bagaimana persiapan PRU 12?bergegar lagi ke arus reformasi?

hakim dirani said...

Puteri, saya dah jawab virus awak. he he maaf lambat.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

cuti dah habis, balik2!

puteri said...

paan -->> terus menggegarkan, insya-Allah/

hakim_dirani -->> terima kasih

zaliza -->> hehe. dah balik ni//