© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, February 07, 2008

new-s


Anak buah sepupu.
Dah hampir sebulan saya dapat anak buah sepupu terbaru. Baru tahu semasa pulang ke kampung nenek di Jitra, singgah ke rumah sepupu, Kak Ana. Fahana namanya, nama suami, Naim. Nama si kecil pula, Nuha Ulfa binti Mohd. Naim. Cepatnya masa berlalu, hari tu baru je kahwin.. Teringat masa hari Kak Ana berkahwin, sempat sahaja bermesej dengan dia (beberapa minit sebelum akad nikah). Rasa sebak dan nak nangis je (ade nangis), tapi masa kakak sendiri takde pulak rasa macam tu. Kenape yer?


+ Sedih. Dah hilang geng ;(
- Tak apa, nanti kita geng balik.. :)
**Haih, tak patut betul. Nak geng balik (status berkahwin) saya lambat lagi la. Sekarang dia dah berstatus ’ibu’, banyaknye pangkat beliau..

Siti dan Azry.
Kawan saya Siti Fatimah dan abg Khairul Azry telahpun selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Majlisnya di Kelantan. Kedua-dua mereka berasal dari sana. Azry itu merangkap senior saya. Baguslah, akhirnya sudah ada ikatan yang sah (kawan baik Siti pun setuju, ye la kalau keluar selalu tanpa ada ikatan, ’kurang manis’, katanya). Siti dan Azry berkawan sejak dari sekolah lagi. Kebetulan pula sambung belajar di universiti yang sama. Menarik kan? Sekali lagi, tahniah Siti!
**Err.. hadiah lupe nak kirimkan hari tu, masih ade dalam bilik.

Ponat sama capek.
Penat bersengkang mata mencari-cari artikel, buku dan yang sama waktu dengannya untuk subjek fiqh dan undang-undang. Satu subjek Bahasa Arab dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris. Yang saya cari adalah dalam Bahasa Melayu, hehehe (senang nak faham). Tapi biasalah.. sambil menyelam minum air, kan?
**Menyelam kejap je, minumnye lebih.

Kenduri Kak Intan.
Sabtu ini, 09-02-2008. Kak Intan merupakan kakak kepada kawan baik saya, Laila. Insya-Allah saya akan pergi mungkin sehari lebih awal, sebab saya balik ke Negeri Sembilan pada hari majlis tersebut! Bas dalam pukul 11.00 pagi. Hurmm.. :/
**Laila, jemput nya sudah. Kad kawen bile nak dapat nihhh..?!

Mama dan Papa.
Suka sangat. Akhirnya dapat berhubung kembali dengan mama dan papa. Sukanya..!! suka sangat. Entahlah kenapa. Walaupun tak pernah berjumpa, setakat kenal melalui gambar, tapi..rasa macam dekat je. Barangkali dekat dihati macam moto TV9 tu.. =) Mama dan papa punya majlis pun dah dekat, alhamdulillah. Tahniah papa, mama!

puteri : mama
mama : ye sayangggg...baby mama...

puteri : miss mama sangat2.
mama : salam sayang dan windu mama kat baby mama cowang ni...mmmmuuuuuaaaaahhhhh!!!
puteri : rindu mama.. mama, mama.. love u mama.. mama kenape lame menghilang?
mama : mama sibuk la sayang..busy dgn kerja..preparation for my wedding dgn papa baby lagi..tu yg hilang kejap..cian baby mama...love u tooooo...

**Baby waiting for ’adik’.. :D

5 comments:

yOnnA said...

mama dan papa?
siapa mereka utk puteri? :))
must be a special person aite :D

myfisol said...

masa berjalan begitu pantas kan?..sekejap aje ada yang dah bertunang, kahwin dan jadi ibu...

mesti puteri pun tak sabar menunggu saat itu jugak..

puteri said...

yonna -->>
special friends.. hehe.. diorg antara yg rapat dgn puteri waktu mule2 brkenalan dgn dunia blog..
yonna, kupu2 diya(name lame) dan smua yg kenal puteri sejak 2006 special bg puteri =)

myfisol -->>
a'ah.. pejam celik, pejam celik dah bertambah umo..hehe..
er..ayat yang bawah tu yg tak tahan.. :D aduh..

yOnnA said...

ouh...
bloggers jugak ke?
ingatkan org sekampung ke :p
ya2..
u r special to me too..
hope our friendship remains forever :))

puteri said...

hehe.. insya-Allah, ameen...