© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, February 24, 2011

kahwin lari

Kerana cinta dihalang orang tua, ada gadis nekad mengahwini jejaka pilihan hati di luar negara (popular: Thailand). Bahkan, ada juga pihak keluarga lelaki yang tidak merestui perkahwinannya dengan gadis pilihan hati, maka keluarga si gadis mencadangkan supaya bernikah di Thailand sahaja.

Tahukah kalian, bahawa bernikah di luar negara tanpa wali adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie? Memang ada mazhab yang membenarkan seperti Hanafi yang tidak mensyaratkan perlu adanya wali dalam majlis akad.

Namun yang demikian, walaupun sah dari segi hukum, namun dari segi undang-undang, anda masih bersalah kerana bernikah di luar negara (juga termasuk di mana-mana) sekiranya tanpa kebenaran daripada Pejabat Agama dan badan yang berautoriti.

Denda akan dikenakan sekiranya perkahwinan di luar negara tidak didaftarkan dalam tempoh 6 bulan selepas perkahwinan. Bahkan untuk mendaftar selepas itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Nak kena berurusan dengan 'kounsel' dulu la, macam-macam lagi lah..

Seterusnya.. undang-undang yang ada bukanlah untuk menganiaya, tetapi menjaga. Terutamanya kaum wanita/gadis/perempuan.

Memanglah hari ini cinta, kasih, sayang,.. esok siapa tahu apa yang bakal berlaku? Nak daftar anak nanti, daftar sekolah.. semuanya bakal menjadi rumit. Kalau-kalau berlaku sesuatu kepada rumahtangga atau si suami, siapa yang menanggung kesusahan jika perkahwinan tidak berdaftar? Hak nafkah, penjagaan anak, harta sepencarian dan sebagainya.

Nota:
Penulisan ini tidak disertakan nota kaki atau rujukan hukuman undang-undang, akan dukemaskini.

14 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Puteri,

Pendik akal dan iman yang lemah itulah jadinya. Percayalah kebahagiaan tidak sempurna kerana dalam hati sentiasa ada rasa bersalah.

Cikli said...

tuan puteri dah boleh jadi kaunselor cinta ni.. hebat.

Budak Melayu said...

erm.... kahwin lari kat thailand yek... bukan satu cadangan yg baik... :-)

kes lain... duduk kat johor... g nikah kat perlis... or kedah... nikah guna wali hakim... dgn alasan... jarak dgn wali jauh...

boleh ke gitu?

tehr said...

salah satu cara mudah untuk menjadi payah

Pemerhati Dunia said...

Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah...

Puteri said...

kakzakie -->>

w'salam..

kebahagiaan yang hakiki adalah yang berserta redha dan restu Ilahi..

Puteri said...

cikli -->>

he.he..
tokleh laie.. :D

Puteri said...

Budak Melayu -->>

iskk..
tak boleh
sebab wali hakim hanya untuk mereka yang tiada wali (seperti bapa, saudara dan yang selayaknya).

kedua, kebenaran bernikah hanya akan dikeluarkan kepada penduduk sesebuah negeri. cointoh, orang perlis, apply di perlis.

kecuali bekerja (tempat kerja) di negeri lain, maka perlu mendapatkan surat / akuan anak kariah dari tempat berkenaan..

:)

Puteri said...

tehr -->>

tak nak yang mudah
nak cari yang payah
apakan daya

Puteri said...

pemerhati dunia -->>

yang terbaik adalah mengikut peraturan Tuhan..

:)

suri said...

kawin lari erk..

salah satu cara menyusahkan hati org tua..tak baik tau huuu..jadi anak derhaka huuu...

Puteri said...

suri -->>

haha....
kdg2 ad juga mak bapa 'support' nikah siam

Anonymous said...

Assalamualaikum...Saya tertarik dengan apa yg telah di post kan oleh saudari pemilik blog...dan menghargai komen pembacanya..namun komen saya ini bukanlah menidakkan apa yang telah anda nyatakan dan meyokong pendapat anda ataupun membenarkan KAWIN LARI...seharusnya anda sebagai penulis mengkaji terlebih dahulu dari sudut hukum agama kita dan mazhab shafie yg menjadi ikutan di m'sia ini. saya ingin mencadangkan agar anda semua search di google atau rujuk di pejabat agama berdekatan berkaitan HAK WANITA/PEREMPUAN MENENTUKAN CALON SUAMI. Link ini adalah contoh sahaja http://nazrilonline.blogspot.com/2010/05/hak-wanita-untuk-memilih-pasangannya.html
Maaf andai komen ini telah membuatkan anda terasa. Ikhlas dari hati saya.

Puteri said...

anonymous -->>

terima kasih anonymous.

benar, tak salah memilih calon sendiri, bahkan kita punyai hak.

namun hak berserta tanggungjawab. hak memilih, tanggungjawab mendapat restu..

insya-Allah..

by the way, thanks for coming :)