© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, October 15, 2011

DAULAT TUANKU : Sultan Kedah - Agung ke-14

~ Pertama kali dalam sejarah, dua kali menjadi AGUNG ~

KUALA LUMPUR, 15 Okt:
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam.

“Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam hayat baginda.

“Patik juga berharap tuanku akan membawa lonjakan baru kepada Malaysia dalam semua bidang seperti lonjakan yang tuanku bawa kepada Negeri Kedah.

“Daulat Tuanku,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.

Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.


Sumber: Harakahdaily


Nota: Sultan Kedah, Kelantan suka kerajaan negeri.. kehkehkeh.. mesti ada yang pening nanti ni....

5 comments:

Cikli said...

depa ikut giliran kan...

akubiomed said...

Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Agung kali ke 2. Mana kala Sultan Kelantan dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agung

tehr said...

maknanya lepas 5 tahun nanti
giliran sultan kelantan la

daulat tuanku

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tahniah untuk beliau

NaeBlog said...

sultan Kedah sukar dipergunakan oleh pembangkang di Kedah

sebab Kerajaan Negeri ok bawah pimpinan Ustaz Azizan