And the unexpected moment..
Hari ini merupakan hari terakhir bagi Bengkel Penulisan Kreatif 2009. Seperti bengkel yang sama yang saya sertai tahun lepas, bengkel ini diadakan bersempena dengan festival yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti, Festival CIPTA ’09. Alhamdulillah, Cipta ’08 telah berjalan dengan jayanya dan USIM tidak teragak-agak lagi untuk menjayakan festival ini bagi tahun ini pula.
Bengkel ini telah bermula sejak 5 Mei, membariskan tenaga penceramah seperti Pn. Rozihani dan En. Ismail (pegawai unit kebudayaan USIM), Cikgu Dian (guru kelab sastera kreatif USIM) dan SISO Kopratasa.
Pada pagi ini kami semua peserta bengkel telah menghantarkan hasil nukilan kami kepada juri. Sementara menunggu keputusan, kami dimaklumkan bahawa pada petang ini sebahagian dari kami akan membuat persembahan semasa “Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi”. Juga, dua nukilan patriotik yang terbaik akan dipamerkan dan dideklamasikan dalam majlis tersebut.
Majlis bakal bermula lebih kurang jam 3, barangkali. Kami seawal jam 2 petang sudah tiba di dalam Dewan Senat, Canselori USIM. Setelah mengambil tempat sambil menyusun kedudukan sebahagian peserta yang akan membuat persembahan (saya tidak terlibat), En. Ismail bertanya “Siapa yang buat tajuk Satu Malaysia?”.
Eh, macam kenal je tajuk tu. Tapi abg Fauzi (bam) pun ada buat tajuk yang sama. Tapi memandangkan abg bam tiada, saya mengangkat tangan, biarlah walaupun bukan saya yang dimaksudkan sebenarnya, he.he.he. “Hah, kamu” En. Ismail mengiakan saya yang dimaksudkan. Jadinya.. karya saya yang terpilih untuk dipamerkan dalam dewan ini sebentar lagi?
Wah? Ada NC, TNC HEPA, TNC A&A, Menteri, MPP, JAKSA, pegawai dan lain-lain lagi? Wah..terharunya. Siapa yang tidak suka, kan? Bukan mahu menunjuk-nunjuk, jauh sekali riak dihati, tapi saya hanya ingin berkongsi kegembiraan saya ini dengan semua teman-teman. Seronoknya, terasa dihargai.. he.he..
Tamat sahaja majlis itu, kami menyambung kembali sesi bengkel untuk mengetahui yang manakah 16 nukilan terbaik untuk dibawa keperingkat seterusnya. Alhamdulillah, saya antara 16 yang terpilih bersama dua daripada empat nukilan saya yang bertajuk di atas tadi, “Satu Malaysia” dan “Aman Malaysia”.
Gurau Cikgu Dian, merujuk kepada “Aman Malaysia”, boleh cikgu tunjukkan kepada badan itu nanti, mana tahu dapat sponser. He.he. Tajuk yang tidak terpilih adalah “Pewira Sejati” dan “Ayuh Jayakan”. Saya meletakkan sasaran kepada Satu Malaysia dan Ayuh Jayakan pada mulanya.
Kemudiannya, seperti yang dimaklumkan pada hari pertama bengkel, 4 orang peserta yang terbaik akan mendapat hadiah. Kejutannya, 4 yang terbaik itu adalah termasuk saya. Wah? Yang terbaik itu adalah 3 lelaki dan saya, mewakili perempuan. Saya tak adalah banyak cakap atau bertanya soalan..hu.hu.hu.. mungkin sebab nukilan kot.. he.he.. atau sebab saya ni comel? Ha.ha.ha.
Apa-apapun saya sangat gembira kerana Isnin ini kami akan ke penjara bagi menemui komposer-komposer dari pihak sana. Ini kerana (bagi kepada yang kurang familiar dengan CIPTA), CIPTA merupakan kerja kreatif antara USIM dan pihak penjara bagi menghasilkan lagu patriotik.
Bermula dengan 16, 8 yang terbaik akan dibawa ke final. Doakan lirik yang saya hasilkan akan dibawa keperingkat seterusnya dan berjaya ke final. Semoga berjaya!! =)
4 comments:
TAHNIAH......HEBAT..=)
anonymous-->>
trimas
rantong-->>
trima ksih utk hbahan
slm kenal
slm ukhwh :)
Post a Comment