© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, November 14, 2009

cerita tentang cinta

Dah lama rasanya tidak menulis, he.he. Yang selalu menulis karya, bukanlah coretan kata-kata. Hendak dikatakan tiada idea, banyak, tapi entahlah tidak pula terhasil dalam bentuk kata-kata atau penulisan.

Cerita tentang cinta.. mengapa cinta? Baru-baru ini seorang teman bercerita kepada saya tentang drama yang pernah ditontonnya. Jom sekilas tentang cerita tersebut:

"Kisah bagaimana kesusahan, masalah dan pelbagai rintangan yang menimpa si gadis sehinggalah akhirnya dia terpaksa melarikan diri ke tempat yang lebih jauh, atas alasan ibu tirinya mahu membunuhnya. Dan kemudian, si gadis cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Di sana, si gadis telah berkenalan dengan seorang jejaka. Kemudian, mereka bercinta. Akhirnya kahwin dan hidup bahagia lepas dari ibu tiri yang kejam,".

Jadi saya bertanya kepada teman saya yang bercerita itu... Macam mana bercinta? Macam mana si gadis dan jejaka itu bercinta? Lalu dia menjawab, "Selalu jumpa, makan bersama, keluar bersama". Dan saya membalas, "Owh, macam tu.. . .".

Macam tu ya bercinta? Keluar berdua.. Makan bersama.. Selalu berjumpa..

Hurm.. agak menarik lah ye (baca: agak 'menarik').

Aih.. memanglah persekitaran sekarang ni tidak banyak membantu untuk meningkatkan iman, seperti kata Ustaz Syed Salim, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, dalam kelas atau kuliah Halaqah. Suka untuk saya memetik kata-kata dan nasihatnya yang mana bila mendengarnya, terasa dekat kembali dengan Tuhan.

Manakan tidak, setiap hari, saat, jam, detik, waktu, ketika, sering membuat dosa, dosa kecil atau besar, itu tidak dikategorikan. Saya tidak memaksudkan siapa-siapa, tetapi saya 'memasukkan' diri saya dalam setiap teguran itu supaya ia berkesan dan terkesan ke dalam diri saya.

Apalah guna belajar ilmu tapi tidak beramal? Tahu, tapi buat-buat tak tahu. Bukankah hanya menambah dosa? Sudah pula, amalan sunat pula jarang-jarang dibuat. Seperti kata al-ustaz, "Amalan wajib ni, memang dah wajib, tak boleh tinggal. Amalan sunat pula untuk menampung mana-mana amalam wajib yang mungkin terkurang..

Dah tu, amalan sunat tak buat, buat pula dosa-dosa kecil... Dosa-dosa kecil apabila berulang kali dilakukan, ia menjadi dosa besar. nabi yang maksum, confirm masuk syurga pun buat perkara sunat, apa lagi kita yang belum confirm lagi...?".


Dulu masa sekolah, belajar hadis yang bermaksud "Tidak akan berdua seorang lelaki dan perempuan itu, melainkan adanya yang ketiga, iaitu syaitan,". Lepas tu, tengok pulak cerita Syurga Cinta (lakonan Awal AF dan Heliza AF, sedikit promosi ye..), dalam tu ada petikan nasihat dari si Heliza tu, yang sama maksud dengan hadis di atas. Hah? Masih tak TERASA, tak SEDAR ke?

Iya. Saya pun bukannya baik sangat. Teguran ini untuk diri saya juga, supaya tidak lakukan di masa-masa akan datang. Kalau ada orang bagi nasihat, biasanya dia terima "Alah, macamlah dia baik sangat", "Tunjuk alimlah tu konon", "Tak sedar diri, kata orang". Dan lagi perkataan yang saya jumpa sewaktu terbaca artikel dalam surat khabar, kata Awie kepada Akill Hayy selepas ditegur.."Cermin diri tu dulu!".

Hah? Macam mana?

Ada juga penerima nasihat versi baik, tadi versi agresif sikit. Jawaban yang baik sikit biasanya berbunyi "Saya belajar agama tak tinggi sangat", "Mak ayah saya, keluarga saya tak belajar agama", dan yang paling popular, "Saya biasa-biasa sahaja". Yang ni saya tak mahu balas dengan kata-kata dari saya, tetapi saya mahu membalasnya dengan kata-kata al-ustaz, "Yang biasa-biasa tu, bukan orang Islam ke?".

Seperti yang saya katakan di atas tadi, saya tidak berbalas atau berhujjah dengan jawapan sendiri, tapi kata-kata dan jawapan dari al-ustaz.

Then, jawablah sendiri. Bak kata Nabil Raja Lawak tu: "Lu pikirlah sendiri!".


~pesanan buat diriku yang terlupa, leka dan alpa~

2 comments:

de_kerinchi said...

salam puteri...

apa khabar...

"Persekitaran yang tidak membantu untuk meningkat kan iman...?", Ia juga disumbangkan oleh jabatan agama islam sendiri...sendiri mahu ingatlah....ish-ish..

Puteri said...

waalaikumussalam..

alhmdulillah.. shat2.. he.he

itulh psl..

dah ssah.. dsushkan lg..

payah3,,,