Aku melihat dia bangkit dari duduknya. Dia berbaju putih kebiru-biruan. Dia melangkah menuju ke kamarku. Aku tidak melihat wajahnya dengan jelas. Aku melarikan mataku. Aku gementar. Malu. Pelbagai rasa berpusu-pusu menerjahku.
Dia kini berada di hadapanku. Dia memberi salam. Dan aku menjawabnya. Aku cuba memandangnya. Ku lihat matanya yang redup, ku terasa damai. Ku lihat senyumnya yang kudus, ku terasa bahagia. Oh Tuhan, terima kasih untuk ini. Peluang ini.
Dia menyarungkan cincin dijari manisku. Kami bersalaman. Aku tunduk, mencium tangannya. Air mataku mula bergenang. Dia kemudiannya mengucup dahiku. Dan kemudian berbisik..
"Aku mencintaimu,". Air mataku mengalir keharuan.
Dia mengambil tempat disisiku. Menggenggam jemariku.
Dia : Terima kasih sudi menerimaku
Aku: Aku seharusnya berkata begitu
Dia : Kita sama mulakan hidup baru. Kita dekatkan diri dengan-Nya
Aku: Ya
Dia : Biarlah bahagia di sini, dan di sana nanti
Aku: (Aku mengangguk)
No comments:
Post a Comment