Beberapa minggu yang lepas, saya ada terbaca dimuka depan akhbar, bekas mufti ditangkap kerana mengajar atau tanpa tauliah. Sebenarnya sudah dapat mengagak siapa 'bekas mufti' yang ditahan itu sebelum membaca artikel di dalamnya.
Sekilas tentang penangkapan Dr. Asri:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam tadi. Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau. Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.
Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.
Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu. Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.
Semalam, Mohd. Asri yang mengadakan sidang akhbar di sini mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.Mohd. Asri yang juga kolumnis `Minda Dr. Maza’ dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
(Sumber berita dari: Media Rakyat Malaysia)
Saya juga tertarik dengan perbualan ini:
Episod 1 :
PEGUAM : Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?
SAKSI : Tidak boleh tanpa tauliah....
PEGUAM : Adakah itu kehendak islam ?
SAKSI : Tidak......, tetapi ia undang-undang berdasarkan islam.... (Dah cakap tidak, lepas tu pusing pulak untuk mengiyakannya.. siapa yang munafik?)
(Sumber dialog dari: Anjunglarik)
Ha.ha. Sorry, tak tahan untuk ketawa. Manakan tidak. Kelakar sangat senario yang berlaku saban hari ni. Dialog episod 2 pun tak kurang kelakar, nak baca? Sila klik link di atas tadi. Aih macam-macamlah dunia zaman sekarang.
Nak buat apa pun kena ada tauliah. Mengajar, beri ceramah. Pendek kata, yang menyeru kepada kebaikan ini perlukan tauliah, bimbang salah ajaran, kononnya.. Saya amat bersetuju dengan ayat ini, bak kata abg De Kerinchi: "Yang lagi haru, makin ramai muda-mudi lebih senang membuat dan menyebarkan perkara mungkar tanpa tauliah...dari terhegeh-hegeh mendapatkan tauliah, untuk mengajar orang berbuat baik...".
Itulah Malaysiaku kini..
Saya dulu tinggal di kampung dengan nenek dan arwah datuk. Nama kampung ialah Kampung Pulau Nyior, Jitra, Kedah. Arwah datuk dan nenek saya selalu membawa saya ke surau untuk solat berjemaah sambil mendengar kuliah, tazkirah atau ceramah yang diberikan oleh ustaz atau pak imam. Bayangkan.. orang-orang lama yang beri ceramah itu punya tauliah kah?
Habislah anak cucu dan penduduk di kampung-kampung, nak belajar ilmu agama, hukum hakam lebih sikit tak boleh. Kena pergi sekolah. Setakat manalah sangat. Tu pun sekolah agamalah. Kalau mak ayahnya yang hantar ke sekolah agamalah.... Kalau setakat sekolah biasa, erm.. lagilah. Lepas tu pulak, dengar aje sekolah agama (SAR), kena tutuplah pulak, sekatlah, apalah.. Macam mana nih? Aih.. Susah, susah.
Saya dulu juga belajar baca al-Quran dengan seorang nenek di kampung berkenaan. Seingat saya nama panggilannya adalah Tok Su. Terima kasih Tok Su mengajar saya sampai pandai dan boleh khatam al-Quran dengn izin Allah. Tapi, err,.. Tok Su ada tauliahkah? Yelah.. manalah tahu dia ajar saya baca dengan Qiraat yang tak diiktiraf ke... menyalahi mana-mana mazhab yang diiktiraf ke..
Biasanya orang-orang lama kita, tok-tok guru, ustaz-ustaz, belajar ilmu di pondok. Apakah pondok itu menyediakan tauliah? Kalaulah ada sekalipun, apakah tauliah itu yang dikehendaki? Pasti akan ada pula di dalam tajuk akhbar nanti "Seorang lagi ditahan memberi kuliah tanpa tauliah yang diiktiraf". Hah...sudah... hari tu kes tak de tauliah, hari ni pulak ada tauliah, tapi tak diiktiraf.. Pulak..?
Pasti keadaan semakin kucar kacir pada waktu itu, dan ianya tidak mustahil berlaku. Kasihan pada anak-anak kecil masa kini. Ajaran hiburannya terlampau meluas. Berapa ramai budak-budak zaman sekarang pandai membaca Qiraati atau al-Quran? Berapa ramai yang membaca doa-doa seperti doa makan, naik kenderaan atau tidur? Bezakan pula dengan berapa ramai lagikah yang boleh menyanyi dengan lancar berbanding dengan mengaji atau membaca Asma Ul Husna?
No comments:
Post a Comment