© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, November 25, 2009

syukurku

syukurku padaMu Tuhan
kerana tidak melupakan aku
walau aku jarang mengingatiMu
atas kelekaanku, kealpaanku

syukurku padaMu Tuhan
kerana memanjangkan usiaku
walau ia tidak banyak ku isi
untuk beribadah kepadaMu

syukurku padaMu Tuhan
kurniai aku harta dan rezeki
walau ianya jarang sekali
ku gunakan ke jalanMu

syukurku padaMu Tuhan
segala nikmat yang kau berikan
walau berkali ku mungkir janji padaMu
walau berkali ku khianati cinta padaMu

ampuni aku Tuhanku
kerana dosa-dosa ini
yang seakan membeku
mengeras di hatiku

ampuni aku Tuhanku
ku telah jauh dariMu
kerana terpaut pada dunia
yang Kau ciptakan sementara

kini ku berserah, redha dan pasrah
Tuhan, hukumilah aku akan dosaku
terimalah taubat munajatku
bersihkanlah aku dari durjana itu
moga kembalinya aku padaMu
dalam keadaan suci..
menghadapMu...

-nurfatimahz AKA puteri-

No comments: