Pertandingan anjuran USIM dan penganjur bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta dengan kerjasama Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syrie Malaysia (PGMS) itu juga telah menerima penyertaan dari pelbagai IPT seperti USIM sendiri, UIA, UKM, UDM, UM, UUM dan lain-lain.
USIM telah menghantar 3 kumpulan, dan satu kumpulan telah tertewas. Semalam merupakan peringkat akhir pertandingan, dan malamnya adalah pengunguman pemenang bagi beberapa kategori yang telah dipertandingkan. Saya tidak terlibat pada sebelah malam...
Pagi ini, saya bertanya kepada seorang teman yang juga merupakan AJK bagi pertandingan ini. Katanya... USIM telah memenangi setiap kategori; Mooter terbaik, keseluruhan terbaik dan lain-lain yang terbaik (versi tak tahu kategori apa lagi yang ada..). Alhamdulillah... Tahniah USIM! :)
Sekilas berita tentang Pertandingan Mahkamah Mut (PMMS)
berita penuh: PMMS Gilap Potensi Siswa Jadi Peguam Syarie
Aktiviti mut Mahkamah Syariah dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha melahirkan peguam syarie di kalangan siswa-siswi yang mengambil jurusan syariah dan ilmu perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi.
Setiausaha jawatankuasa pelaksana PMMS, Cik Fadhlina Alias memaklumkan, bagi memastikan format pertandingan mengikut piawaian sebenar, pihak penganjur telah menjemput hakim-hakim mahkamah syariah dan peguam syarie dari seluruh Malaysia, serta pengamal perundangan dari beberapa firma guaman yang berpengalaman dalam kes-kes syariah, sebagai barisan juri dalam pertandingan tersebut.
Beberapa hakim yang menjadi juri dalam pertandingan tersebut berpuas hati dengan potensi dan pencapaian yang ditunjukkan oleh semua peserta. UsimKini turut dimaklumkan oleh beberapa urusetia pertandingan, berlaku sedikit masalah pengurusan sewaktu hari pertama pertandingan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pasukan pelawat.
Pihak penganjur walau bagaimanapun dikhabarkan berhasil menyelesaikannya dengan baik dan memohon maaf kepada pasukan yang terjejas kerana masalah teknikal tersebut.
Pada pertandingan itu, pasukan tuan rumah dinobatkan sebagai juara keseluruhan apabila mengungguli semua kategori utama, iaitu hujahan bertulis terbaik, penghujah terbaik dan pasukan mut terbaik.
sumber: USIMkini
5 comments:
Wah ramai bakal2 lawyer perempuan..gud2..
alamak..
trlupe plak nk tgkap gmbo bdk2 laki
lbih2 lg pserta 'mooter' lelaki
:D
nnt pe2 bro book la peguam dari u'll... boleh kan he...23x
www.broframestone.com
ouh.. boleh3.. nnt kite tlg oderkn dkt mmber2 kite tu ;-)
(kte boleh jd pgntara je la..he.ehe)
kd 12
steph curry shoes
kd shoes
moncler sale
lebron james shoes
yeezy shoes
birkin bag
bape hoodie
longchamp handbags
jordan retro
Post a Comment