© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, December 02, 2009

politik kelantan

mengapa bergolak?

Mutakkhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan YAB Datuk Menteri Besar Tok Guru semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat khususnya umno dan kuncu mereka semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan pimpinan PAS khususnya dan kerajaan negeri amnya.

Sayugia diingatkan bahawa Tok Guru diserang habis-habisan oleh juak umno adalah kerana Tok Guru telah menolak pelawaan Presiden umno bagi menubuhkan kerajaan
perpaduan di Malaysia. Program untuk menjatuhkan Tok Guru tak pernah berhenti dijalankan oleh juak umno dimana anak Tok Guru pernah ditangkap dan ditahan selama lebih 5 tahun dibawah ISA.



Kes pelajar dipukul oleh guru sekolah agama berdekatan rumah Tok Guru dibesar-besarkan oleh media cetak arus perdana, kes Air Kelantan diserbu oleh SPRM, isu menggondolkan bukit di Gua Musang dan beribu-ribu isu lain telah dimainkan secara sistematik dengan satu tujuan, satu hala, satu keperluan iaitu menjatuhkan maruah Tok Guru, mengaibkan kerjaan Kelantan kerana tak pandai memerintah negeri.

Juak juak umno hampir berjaya menipu rakyat Kelantan kerana mereka berkerja siang dan malam demi mencipta kejayaan.
Umno dan juak mereka akan terus berusaha untuk mengambilalih pemerintahan Kelantan dari PAS kerana hasil minyak yang berlipat ganda. Umno amat bijak menipu dan
mengkelabukan mata rakyat yang gilakan mata benda dengan membelakangi hukum Allah. Mereka menjahilkan diri sendiri dan menyesatkan orang lain demi kepentingan politik peribadi.

Juak umno dulu, kini dan selamanya sanggup menipu semua orang di Malaysia, sanggup menutup segala pintu rasuah dari diketahui umum, mereka juga sanggup bersekongkol dalam melakukan khianat terhadap bangsa Melayu atas nama Parti Melayu Bersatu. Sesungguhnya merekalah yang menanam semangat politik sempit demi untuk meneruskan kuasa yang ada.

Kelantan terus membangun walaupun geran tahun dibayar lewat, hutang tetap dibayar kepada kerajaan pusat, kakitangan awam tetap merasai bonus bila diistiharkan, pinjaman kakitangan tiada faedah dikenakan, semua rakyat layak mendapat perlindungan insuran, pengajian agama dimertabatkan kerana ada kuliah mingguan. Pendek kata hak rakyat didahulukan, Islam diutamakan oleh pimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru.

Bekas exco MCA juga didapati sentiasa memberi derma kepada Tabung Serambi Mekah dan semua bangsa dapat hidup aman tenteram dan tak pernah berlaku kekacauan sebagaimana yang diancam oleh juak umno Kelantan.
Percayalah bahawa Umno akan terus berusaha untuk merampas kuasa dinegeri yang diperintah pembangkang kerana mereka bijak tak boleh diajar, bodoh tak mahu belajar dari sejarah silam.

Kepentingan peribadi dan kroni sudah sedaging dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan Islam diketepikan, keadilan dipinggirkan, Malaysia yang kaya raya hampir muflis dan papa kedana kerana rasuah yang berleluasa. Rakyat perlu faham semua kejadian ini.


oleh:
Rakyat Kelantan
sumber: HarakaiDaily

6 comments:

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum
Salam ziarah dan salam ukhuwwah..semoga istiqamah dalam perjuangan :-)

Puteri said...

waalaikumussalam..
insya-Allah, ameen

nohas said...

Salam, simpati saya pd TGNA. Itulah mehnah perjuangan,InsyaAllah, pertolongan Allah SWT itu ada utk hambaNya yg ikhlas menegakkan agamaNya..

Puteri said...

insya-Allah..
dan sesungguhnya doa org teranaia atau dizalimi itu tiada hijabnya..

Usimkini said...

Salam perkenalan.

Saudari Puteri,
saudari dipelawa untuk mengirimkan aapa-apa artikel atau penulisan rencana berkaitan isu-isu mahasiswa mahupun isu semasa yang bersifat neutral dan bernas.

Sekiranya berminat, saudari boleh kirimkan kepada usimkinI@gmail.com

Terima kasih

Puteri said...

Salam kembali.

Terima kasih untuk pelawaan.

Insya-Allah.