Alhamdulillah, kita diizinkan Allah untuk menikmati satu lagi tahun baru di dalam Islam iaitu tahun 1431 hijriah. Alhamdulillah, masih kita ingati tarikh-tarikh penting di dalam Islam walaupun ada diantara kita yang begitu mengagungkan tarikh bukan Islam, musuh Islam hingga terlupa kepada tarikh-tarikh di dalam Islam.
Seperti contoh di dalam satu kes yang popular di tanah air, seorang pesalah muslim peminum arak, dikatakan akan dilaksanakan hukuman keatasnya pada 24 Ogos 2009. Akan tetapi apabila hampir tiba pada tarikh itu, hukuman tersebut ditunda kerana pada 22 Ogos, kita berada di dalam bulan Ramadhan.
Kenapa ini berlaku? Kerana semasa memilih tarik 24 Ogos itu, pemilihan tarikh hanya dibuat berdasarkan kalendar tahun masihiah, langsung tidak merujuk taqwim hijriah. Kononnya sempena menghormati bulan Ramadhan, maka hukuman itu ditangguh. Walhal, 'penghormatan' ini salah tempatnya.
Mengapa? Bagaimana penghormatan yang sebenar? Penghormatan bulan Ramadhan yang sebenar adalah seperti contoh di dalam suatu kisah pada zaman para sahabat.. Seorang yahudi membawa anaknya yang masih kanak-kanak pergi ke pasar di dalam bulan puasa. Di pasar itu, anaknya memakan buah kurma yang diperolehinya.
Lalu apa yang di buat oleh si ayah? Apabila mereka pulang ke rumah, si ayah tadi memukul anaknya sambil berkata: "Engkau tidak tahukah ini bulan Ramadhan? Pada bulan ini kita harus menghormati umat Islam yang berpuasa!".
Ini merupakan antara contoh penghormatan yang perlu dilakukan. "Sesungguhnya, menjalankan hukum hadd itu, lebih baik dari 40 hari dan 40 malam Allah menurunkan rahmat-Nya", mafhum al-hadith.
Bilamana kita menyambut tahun baru Islam, tarikh berlakunya hijrah, maka kita akan terkenang kepada sejarah penghijrahan Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah.
Di situ, terdapatnya strategi dan perancangan hijrah yang mana membuktikan bahawa, dalam setiap perancangan kita untuk berhasil, strategi, perancangan, taktik dan seumpamanya memainkan peranan yang begitu besar sekali.
Firman Allah yang bermaksud: "Apabila kamu tidak mampu untuk membantunya (Muhammad), maka Allahlah pembantunya".
Pada hari sebelum berlakunya hijrah, ketua-ketua puak kafir Quraisy telah berkumpul dan berpakat untuk menentang dan menghapuskan Rasulullah.
Antara perancangan mereka ialah mereka mahu mengikat rasulullah dan meletakkannya di dalam kurungan, atau, terus membunuhnya, atau, mengikat dan meletakkannya di atas kuda, kemudian mengusir kuda itu ke padang pasir dan membiarkan Rasulullah mati di situ.
Pakatan ini diketahui oleh bapa saudara Rasulullah, Abu Talib yang amat mengasihi Rasulullah walaupun beliau tidak memeluk agama Islam. Lalu secara sembunyi-sembunyi, Abu Talib pergi menemui Rasulullah di rumah baginda.
Lalu Abu Talib bertanya pada Rasulullah.....
(bersambung...)
**********************
Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang kedua pada entry yang akan datang.
6 comments:
salam maal hijrah.. :D selamat ketemu kembali hehe :D
ya cik ein...
hehe
salam maal hijrah .. ehehe
salam maal hijrah :). salam kenal2 daripada kak kin. Terima kasih singgah umah akak ye :).
en_me-->>
slmt thun br 1431!
=)
kak kin-->>
trima ksih juga..
nnt kite g lg yer...
sdiakn mkn mnum skali..
huhu..
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=186
Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. Ke Madinah Berlaku Pada Siang Hari
Post a Comment