Abu Talib: Hai Muhammad, apakah yang engkau tahu?
Rasulullah: Aku tahu tentang pakatan Quraisy
Abu Talib: Apakah pakatan itu?
Rasulullah: Mereka berpakat jahat keatasku
Abu Talib: Apakah pakatan jahat itu?
Rasulullah: Mereka mahu mengikatku dan meletakkanku di dalam kurungan, atau, membunuhku, atau, mengikat dan meletakkanku di atas kuda, lalu menghalau kuda itu pergi ke padang pasir dan membiarkan aku mati di situ.
Abu Talib: Siapakah yang memberitahumu perkara itu wahai Muhammad?
Rasulullah: Allah, Dialah Tuhanku yang telah memberitahuku
Abu Talib: Sesungguhnya wahai Muhammad, Tuhanmu itu Tuhan yang paling baik
Pada malam itu, rumah baginda Rasulullah telah dikepung oleh pemuda-pemuda yang paling gagah dari kalangan kaum Quraisy. Lalu, turunnya wahyu dari Allah yang disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah yang bermaksud: "Sekarang, tibalah waktunya untuk berhijrah".
Kalau dilihat dalam peristiwa ini, Rasulullah berhijrah dengan berjalan kaki keluar dari rumahnya, bukan menaiki buraq seperti mana yang berlaku pada malam Isra' dan Mi'raj. Bukankah lebih mudah jika buraq yang sama ditunggang Rasulullah untuk berhijrah? Kenapa Allah tidak mengirimkan buraq?
Kerana hijrah itu bukanlah mudah, memerlukan pengorbanan, keyakinan, kepercayaan dan hijrah itu hebat!
Apakah strategi pada malam hijrah ini? Antaranya, Rasulullah meminta Ali yang masih belasan tahun untuk tidur ditempatnya sambil memberitahu kepada Ali: "Malam ini aku akan berhijrah, dan orang-orang Quraisy menanti ku di luar sana untuk membunuhku". Lalu Ali tanpa banyak bertanya baring dan tidur dengan lena di tempat tidur Rasulullah.
Seterusnya, Rasulullah membaca beberapa ayat dari surah Yaasin semasa keluar dari rumah Baginda, dan kemudiannya mengambil segenggam pasir dan diletakkan ke atas kepala-kepala pemuda yang berjaga di luar rumah baginda. Pemuda-pemuda itu langsung tidak menyedari Rasulullah keluar dari rumah serta diserang rasa mengantuk.
Rasulullah berjalan menuju ke rumah Abu Bakar dan mengkhabarkan tentang hijrah. Abu Bakar lantas bersiap dan bersama Rasulullah untuk berhijrah, namun beliau sempat meninggalkan pesanan kepada anaknya Asma'....
(bersambung...)
**********************
Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang ketiga pada entry yang akan datang.
Link berkait: tazkirah maal hijrah - part 1
18 comments:
salamm senin puteri ittewww.. ihihi
hehe.. ye lah..
smt pg encik me... :D
salam~
x da chatbox ea..
hehe.. thx singgah belog aki~
student usim or kerja di usim?
lect ke?
w'salam.. aah xde shoutbox. dlu pnh ade.. tp da buang.. he..
ya, sy wrga usim..
student lgik :D
salam maal hijrah =)
www.khaizarien.com
hehe slmt petang :D
aTie-->>
slmt dtg =)
cik ien-->>
smt ptg.. dtg wktu2 pns gni dia.....
huhu sini mendung je 1 hari :D
yeke?
tmpt kite pns..
xckup mndy 2kali shari
huuu
Salam Hijrah dan Ziarah
hijrah memang memerlukan pengorbanan dan keyakinan..
tanpa keyakinan dan pengorbanan.. hijrah menjadi rapuh... serapuh debu yg berterbangan!
Pok Li-->>
salam 1 hijrah
Maza-->>
sebab tu hijrah Nabi hebat! Kan?
puteri,
seronok baca takzirah maal hijrah...
salam puteri,
perkara yg baik hendaklah dihebah2 kan.
tq..diatas tazkirah maal hijrah.
izan-->>
slmt dtg ke tratak puteri :)
bujang susah-->>
trima ksih utk tips, info dan rnungan yg bgitu brmnfaat. insya-Allah sy akn lwati link2 brknaan
zue-->>
trima ksih jga bwt zue sudi ke sni :)
westbrook shoes
yeezy 350 v2
golden goose sneakers
golden goose
golden goose outlet
off white
off white jordan 1
bape hoodie
golden goose
yeezy
cheap jordans
golden goose sneaker
bape
yeezy gap
yeezy boost 350
Post a Comment