© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, December 23, 2009

tazkirah maal hijrah - part 3

Abu Bakar memberitahu Asma' jalan yang bakal beliau dan Rasullullah ikuti, dan berpesan supaya pada keesokan hari, Asma' membawa segerombolan kambing mengikuti jejak langkah mereka dan memadamkan kesan-kesan tersebut.

Abu Bakar dan Rasulullah tiba di Gua Thur dan bersembunyi di sana selama tiga hari. Kebiasaan orang Arab ialah, mereka akan memburu dan mencari seseorang selama tiga hari berturut-turut tanpa henti.

Orang Arab pada zaman itu juga mempunyai suatu ilmu yang mana, bila mereka melihat tapak kaki sesorang di suatu tempat, mereka dapat mengenalpasti siapakah tuan milik tapak berkenaan serta ke mana hala tujuannya.

Walaupun Asma' telah membawa kambing-kambing untuk memadamkan tapak kaki Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar, namun, puak Quraisy yang memburu Rasulullah tetap mampu mengesan perjalanan Rasulullah sehinggalah di hadapan Gua Thur.

Di dalam gua, Abu Bakar begitu resah. Bimbang jika puak Quraisy yang menjejaki mereka dapat mengesan bahawa mereka berada di dalam gua berkenaan. Kata Rasulullah demi menenangkan Abu Bakar, "Janganlah engkau takut atau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita".

Abu Bakar mengoyakkan bajunya kepada beberapa cebisan dan menutup lubang-lubang yang mungkin boleh menyebabkan beliau dan Rasulullah dikesan.

Habis baju tersebut, masih terdapat satu lagi lubang yang tertinggal. Lalu Abu Bakar menutup lubang tersebut dengan tangannya. Di dalam lubang itulah, menghuninya seekor kala jengking yang berbisa.

Kemudian Abu Bakar diuji dengan sengatan dari si kala jengking pada tangannya. Pucat wajah Abu Bakar, berpeluh-peluh dahi dan bergetar tubuhnya menahan bisa itu. Namun, sedikit pun dia tidak menganjakkan tanggannya yang berada di dalam lubang. Biarlah dia disengat, bukannya Rasulullah.

Kemudian, Rasulullah menegur. "Abu Bakar, sesungguhnya Jibril memberitahuku engkau menutup lubang si kala jenking dan disengatnya. Kala jengking itu ingin menemuiku, Rasulnya, lalu dia telah marah apabila engkau menghalangnya".

Berbalik kepada pemuda-pemuda Quraisy yang berada di luar gua. Mereka bertengkar di luar. Sebahagian dari mereka berkata, Rasulullah berada di dalam gua. Kata sebahagian lagi, tak mungkin, kerana terdapatnya sarang labah-labah di muka gua. Sarang labah-labah itu pastinya akan musnah jika ada sesiapa yang memasuki gua terbabit.

Begitulah si labah-labah. Biarpun rumah yang paling mudah musnah ialah sarang labah-labah. Namun, bila ia dipilih sebagai tentera Allah, maka rumahnya itu menjadi benteng yang dapat menyelamatkan Rasulullah dan Abu Bakar.

Setelah keadaan tenang dan selamat, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah. Setibanya di sana, Baginda bertemu dengan Abdullah bin Salam yang merupakan seorang rahib atau ketua pendeta Yahudi. Lalu Rasulullah dibawa oleh Abdullah bin Salam ke rumahnya.

Abdullah bin Salam berbicara dengan Rasulullah....


(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang keempat pada entry yang akan datang.

Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 2

4 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

akak suka sgt citer ni.. best kan.. mulia nye sahabat pd zaman Rasulullah.. harap2 kita pun boleh jd mcm tu kan.. InsyaAllah..

Puteri said...

btol.. ms dgr cramah ni ska sgt.. rs nk ckp.. "critalah lagi".

hehe

Mak Su said...

bagus cerita2 macam ni, ramai yg tak tahu atau sudah terlupa. yang tahu hanyalah, 1 muharam = cuti.

Puteri said...

hehe..
tp xrmai yg bca...