© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, December 26, 2009

tazkirah maal hijrah - part 4

Abdullah: Engkau mendakwa engkau adalah nabi akhir zaman?
Rasulullah: Aku hanya pesuruh Tuhanku, nabi Allah.
Abdullah: Aku mempunyai tiga soalan yang mana soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh seorang nabi. Jika engkau tidak dapat memberikan jawapan, pulanglah engkau dan lupakan tentang pengakuanmu sebagai nabi.
Rasulullah: Sekiranya aku dapat menjawab?

Abdullah bin Salam mendiamkan diri.

Rasulullah: Engkau berkata, hanya nabi yang mampu menjawab soalan-soalanmu. Sekiranya aku mampu menjawabnya? Engkau mengaku bahawa aku adalah nabi?

Abdullah bin Salam masih tidak menjawab. Rasulullah bertanya lagi.

Rasullah: Engkau akan mengaku aku adalah nabi sekiranya aku dapat menjawab soalan-soalanmu?
Abdullah: Ya, aku akan mengaku
Rasulullah: Apakah soalan-soalanmu itu wahai Abdullah bin Salam?
Abdullah: Soalanku yang pertama. Apakah makanan pertama yang dimakan oleh peghuni Syurga apabila mereka memasukinya?
Rasulullah: Apakah soalanmu yang kedua?
Abdullah: Apakah tanda-tanda besar bahawa hari akhir (kiamat) akan berlaku?
Rasulullah: Dan apakah soalanmu yang ketiga?
Abdullah: Mengapakah anak, kadangkala menyerupai wajah ibunya dan kadang-kadang wajah ayahnya?

Kemudian, Rasulullah menjawab soalan-soalan tersebut.

Rasulullah: Sesungguhnya makanan pertama yang akan dimakan oleh penghuni Syurga bilamana mereka memasukinya ialah sejenis makanan yang diperbuat dari hati ikan paus yang dimasak dengan begitu enak dan lazat bersama minyak zaitun.

Abdullah bin Salam yang sedang memegang sebuah kitab ketika itu terlepas kitab tersebut dari pegangannya. Rasulullah mengambil kitab berkenaan dan diberikan kepada Abdullah bin Salam.

Rasulullah menyambung: Adapun diantara tanda-tanda hampirnya hari akhir ialah banyaknya kebakaran yang berlaku di muka bumi, bermula dari sebelah barat ke timur.

Sebahagian ulama' mentafsir sebagai peperangan. Ada juga yang berpendapat ianya juga berkait dengan pemanasan global yang berlaku.

Abdullah bin Salam mengetap bibirnya.

Rasulullah: Muka anak, kadang-kadang serupa dengan ibu, kadang-kadang serupa dengan bapa. Bila ovum menemui sperma terlebih dahulu, maka wajah anak akan mirip si ibu. Jika sperma menemui ovum terlebih dahulu, maka wajah si anak akan mirip dengan si bapa.

Rasulullah: Apakah aku telah menjawab soalan-soalanmu dengan betul?
Abdullah: Benar
Rasulullah: Apakah engkau mengaku bahawa aku seorang nabi?
Abdullah: Sesungguhnya aku beriman bahawa engkau seorang nabi
Rasulullah: Sempurnakanlah. Aku beriman bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah

Abdullah bin Salam pun mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam.

Tidak lama kemudian, datang beberapa orang dari pengikut Abdullah bin Salam ke rumahnya......

(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang kelima pada entry yang akan datang.


Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 3

6 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

Subhanallah.... :)

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...

kak nuyui-->>
sonok waktu mndengar..
gmbira utk kngsikan.. ;-)

insan biasa-->>
thanks 4 visiting

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...

insan biasa-->>

kasih diterima,
he.he

yanmaneee said...

calvin klein outlet
paul george shoes
kd 10
kd shoes
golden goose
lebron 17
kd shoes
golden goose sneakers
golden goose outlet
supreme clothing