Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di mahkamah negara kita melibatkan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penuduhnya Saiful Bukhari Azlan. Sejak dari awal lagi tiga orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur [Laporan HKL] ditambah dengan seorang doktor Osman dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) telah mengesahkan bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful Bukhari. [Laporan Pusrawi].
Namun perbicaraan masih terus dijalankan. Ibarat membicarakan kes rogol seorang perempuan yang masih dara. Bukti yang terus digembar-gemburkan hanyalah kononnya terdapat kesan air mani lelaki Y di dubur Saiful.
Namun untuk pengetahuan pembaca semua, menurut laporan Dailymail pada tahun 2009 yang lalu berdasarkan journal Forensic Science International: Genetics reports., para penyelidik telah memberikan amaran bahawa bukti DNA sangat mudah untuk dipalsukan, malah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan biologi pun mampu melakukannya. Ini menimbulkan kebimbangan orang yang tak bersalah mungkin dihukum, manakala yang bersalah akan terlepas [DailyMail].
Nampaknya jawapan kepada soalan, "Mengapa perbicaraan liwat lelaki yang masih dara ini diteruskan?" sudah terjawab. Perkara tak masuk akal berlaku di Mahkamah Malaysia. Minta perhatian pengamal undang-undang termasuk peguam Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan maklumat ini.
ReJaM© "Dunia hari ini dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah, semoga Allah melindungi kita..."
7 comments:
lelaki why?
tunggu keputusan je, puteri
cikli -->>
why lelaki?
tehr -->>
lulus?
gagal?
:)
hurm.fitnah bermaharaja lela.namun kebenaran pasti terungkai.juz polow u:D
Well Puteri...
The answer to the question "Mengapa perbicaraan liwat lelaki yang masih dara ini diteruskan" is simple... Merely to ensure he is behind bars prior to the forthcoming general election.
So many unanswered questions are raising each and every time there is new development on the said case. Not to mentioned the new sex video.
What can be said by law practitioners when "those they" are in power and willing to do anything to ensure "they" are still in power.
It is up to the people of Malaysia to start realizing and take necessary action wisely by showing your power too, only during the election.
Itu berat untuk menemukan orang-orang berpendidikan pada topik ini, namun Anda terdengar seperti Anda menyadari apa yang sedang Anda bicarakan! Terima kasih
Post a Comment