© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, April 14, 2011

telur ayam tiruan: sekejap ada, sekejap tiada

~ Peniaga, pembeli lega tiada telur ayam tiruan ~

Sebelum ini negara dikejutkan dengan kewujudan telur ayam tiruan, namun kini persoalan wujud atau tidak telur ayam tiruan itu terjawab.

GEORGETOWN: Pengesahan tiada telur ayam tiruan dijual di pasaran tempatan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, melegakan peniaga dan pembeli yang hampir seminggu tersentak dengan dakwaan kewujudan telur itu. 

Kebanyakan peniaga yang ditemui berharap pengesahan itu dapat meningkatkan kembali permintaan telur ayam yang merosot selepas berita kewujudan telur ayam tiruan tersebar, minggu lalu.


Bagi pengguna, pengesahan itu dapat menghapuskan kebimbangan kerana telur tiruan didakwa boleh menjejaskan kesihatan.
Pemborong telur ayam, Tan Shuan Soon, 55, yang mewarisi perniagaan bapanya sejak 40 tahun lalu, berkata pengesahan itu keputusan yang sewajarnya kerana beliau memperoleh bekalan dari ladang di negeri ini, Kedah dan Johor. 

Beliau yang membekal telur ke pasar awam, hotel, restoran dan kedai runcit, mendakwa sejak berita kewujudan telur tiruan tersebar minggu lalu, permintaan telur ayam merosot kira-kira 20 peratus. 

Sebelum berita kewujudan telur ayam tiruan tersebar, beliau membekalkan kira-kira 6,000 papan telur berjumlah 180,000 biji sehari. 

"Sejak berita itu tersebar, orang ramai mengurangkan permintaan kerana mereka ragu dengan ketulenan telur yang kami bekalkan," katanya ketika ditemui di Pasar Awam Pulau Tikus di sini, semalam. 
Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Ser i Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa tiruan di Pulau Pinang adalah telur ayam. 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga berkata, tiada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini, dan dakwaan telur ayam tiruan itu sebenarnya adalah 'telur ayam cacat' yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum. 

Minggu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna dijual di negeri ini. 

Sementara itu, peniaga, Lim Beng Poh, 60, terkilan dengan dakwaan itu yang menyebabkannya kerugian sehingga 60 peratus. 

4 comments:

tehr said...

kekeliruan yang maha hebat
saya sendiri masih keliru sampai sekarang

Cikli said...

telur = tulen
video = tulen

telur = video ...

Cikli said...

anda ditag untuk join kontest. tapi hari ni saja. sori ye.
http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/04/kontest-kenangan-zaman-sekolah.html

Unknown said...

susah kalau ada telur tiruan kat malaysia ni.