© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, September 19, 2011

ni kapal TENGGELAM ke kapal SELAM?

~"Pari" nak cari kawan dia kot? Ikan pari.....~


KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Utusan.

5 comments:

tehr said...

la
kesian pulak kat mereka
banyak kerja juga nak apungkan kapal tu

Kamal Sanusi said...

Heran aku ngan Malaysia ni.

1. Beli kapal yg buleh menyelam tapi tak mau menyelam sbb tak buleh nak menyelam.

2. Beli kapal yg tak buleh menyelam, tak mau menyelam pun tetiba buleh menyelam dan terus selam.

Shaft boleh tertanggal bermakna tiada penyelenggaraan. Kalau ada pun, alat ganti adalah sub-standard dgn kos ting terlalu tinggi standard.

Mcm penyelenggaraan kapal Inderapura yg terbakar. Rekod claim tukar piston enjin baru tapi yg dipasang piston lama yg dikilat sampai nampak mcm baru.

Tak caya? Gi tanya sendiri geng M.T.O Lumut yg dok hantar spare-part masa kapal tu docking di Pasir Gudang

Cikli said...

setuju dengan kamal

akubiomed said...

Aiks tengelam.

cikguNae said...

Malaysia pandai membeli...