© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, October 27, 2011

apa selepas RazakSAT?


Sebenarnya saya tertanya-tanya, kenapa namanya "RazakSAT"? Kerana "Tun Abd Razak" kah? Kerana beliau adalah bapa Menteri Perdana "Najib Razak" kah?

Mengapa tidak dinamakan "MalaysiaSAT", "MasSAT", "MSiaSAT" (Opss.. macam siasat pulak) atau nama lain yang lebih sesuai dan dekat dengan MALAYSIA?

Beli dengan duit sendiri kot?
Oklah, malas mau bebel, panjang pulak introduction saya ni ye? hehe..

Berita: Satelit Malaysia RazakSAT yang bernilai RM142 Juta yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 telah dikesan tidak berfungsi pada 30 Ogos 2010 kira-kira selepas SETAHUN dilancarkan, jangka hayat RazakSAT dilaporkan sepatutnya sehingga TIGA TAHUN. Namun apa yang berlaku? SETAHUN lebih sudah LINGKUP~! Alahai~~ Patut namanya TahanSAT (=TahanSekejap dalam loghat Kedah).

Apa selepas RazakSAT?
NajibSAT?

Ok jugak. Lepas RazakSAT lingkup, Najib bersama kroni-kroninya pula. Kan? Hahaha~!

Nota: Gambar satelit kuning di atas saya yang buat, saya google gambar-gambar "RazakSAT" dan saya combine-kan berdasarkan tajuk berita yahoo. Kalau perasan ada tulisan "@CCWM" tu, saya ehsankan gambar ini kepada page CCWM (kepada yang menegerti, hehe...). Saya ada terbaca blog lain yang gunakan gambar di atas, pergh.. bangga dalam diam..kehkehkeh.. tak apa, orang taktahu kan? Syhhhhhhhh~!!! Rahsia tau!

2 comments:

akubiomed said...

Apa masalahnya sampai tidak berfungsi? Nak tahu juga siasatan teknikal

tehr said...

aik? aku baru je tahu kita ada benda ni
dah rosak pulak
kesiannya aku sebagai warga malaysia