jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Tuesday, October 04, 2011
baru RM9 juta.. rilekslah bro...!
Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.
Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.
Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.
Berita penuh: RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini.
Selanjutnya.... Amenoworld.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
gua ada bayar cukai..nak halal ke tak ni
nazri betul-betul bertindak sebagai macai. macai berkot dan bertali leher serta bergaji besar.
Inilah pemimpin 'rakyat diutamakan'
ya la, relek2...
tak banyak mana tu kalau nak bandingkan dengan benda lain
kan?
Post a Comment