Keputusannya:

Dengar kata dah removed.. malu la tu, kan kan kan? the starjangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.

Dengar kata dah removed.. malu la tu, kan kan kan? the star
"Kami menulis mewakili rakyat Malaysia yang bertandatangan (digital signature) ingin meminta YAB untuk mengutarakan isu perbelanjaan RM1,758,432 oleh datuk Seri Dr Ng Yen Yen di bawah Kementerian Perlancongan untuk memulakan, mengurus dan memantau fan page Tourim Malaysia ~ Cuti-cuti 1Malaysia Facebook beralamat http://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia."

yang tak suka BERSIH tentulah tidak suka perkara di atas. yang tak suka perkara di atas tentulah mengamalkannya, sebab tu tak suka kan?


GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.
WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.
Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.
Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.
Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.
Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.
Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi
Sumber: Kosmo Online


Info Makluman Pembekuan Jawatan Kosong di Sektor Kerajaan Malaysia
Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri
Muat Turun Surat Edaran cinta dari PM: JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17)
atau link: http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf
Dimaklumkan mesyurat yg dipengerusikan oleh PM pada 6 Mei 2011 telah bersetuju supaya semua jawatan kosong di mansuhkan berkuat kuasa pada 1 Jun 2011
Pihak berkuasa Melantik diminta memastikan urusan pengambilan baru dibekukan berkuat kuasa mulai tarikh surat ini ( 20 Mei 2011) dikeluarkan sehingga 31 Ogos 2011.
NOTA:
untuk detail atau kalau tak percaya, boleh lah download surat edaran seperti di URL di atas.
NOTA DUA:
rupanya bukan hanya saya dan pencari kerja yang mengalami masalah ini. Pertukaran guru antara negeri juga terkandas tersekat.
"Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Antara Negeri Sesi Jun 2011 telah mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.... waaaa dok lagi kat semporna ni" - Nur Zihnun (fb).
