© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, June 06, 2006

A.K.U.M

ana editkan dari email yang ana terima..

--->> Sudah lama saya ingin menulis artikel ini tapi selalu terbantut,tetapi kali ini insyaAllah di beri peluang dan kekuatan.saya cuma hendak menyentuh tentang sikap kebanyakan pengguna internet yang samaada melalui email ataupun mana-mana chat sistem seperti YM,MSN dan sebagainya yang sering mem'foward' sesuatu yang tidak tahu kebenarannya tanpa berfikir panjang.ini mungkin kerana kedangkalan ilmu ataupun sikapnya memang begitu.

sejak akhir-akhir ini mesej mengenai penggunaan perkataan 'AKUM' luar tersebar.mesej tersebut berbunyi :"Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ' BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud ' HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam=peace dlm bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan... Jika anda sayangkan umat Islam,adalah lebih baik anda sebarkan kepada kawan2 yang lain.. wallahua'lam"

saya tidak tahu siapakah yang mereka-reka mesej di atas.dulunya kecoh dengan perkataan 'mosque' dan macam-macam lagi.masalah salam ini hanya di gunakan ringkasan perkataan dan walaupun di taip sebegitu kita faham dan tahu orang yang menaipnya itu menaip ucapan salam.dan AKUM itu tidak pula di sebut bila kita berjumpa di dunia nyata.

jadi ini hanyalah masalah bahasa di dalam internet ataupun sms lagi pun kita bukannya mendengar lafaz salam terbabit, dari kajian saya juga perkataaan Kokhavim itu bermaksud bintang bukannya binatang manakala Mazzalot itu juga merujuk kepada bintang iaitu bintang 12 atau di kenali sebagai zodiak yang terkandung di dalam ilmu astronomy yang di tulis di dalam bahasa Hebrew.di sana ada satu lagi ungkapan yang saya jumpai iaitu "abodat kokabim u-mazzalot" yang bermaksud pemujaan kepada bintang.ini bermakna maksud yang di rungkaikan oleh pencipta mesej di atas adalah tidak benar atau lebih tepat di reka-reka.mungkin untuk kepentingan diri atau mereka ini dari golongan 'extremisme' agama.

mesej kedua yang ingin saya paparkan di sini adalah berbunyi seperti berikut :"Adakah anda percaya Allah itu wujud,kalau anda percaya hantar e-mail ini kepada 100 orang yang berada didalam list anda atau semua orang dalam list anda la senang cakap sket dan jika anda tidak percaya anda sah kafir laknat"mesej ini lagi ternyata kesesatannya.saya merasakan pereka mesej di atas tidak mempunyai akal yang sempurna dan mesej seperti itu juga boleh merosakkan akidah umat islam.hanya dengan menghantar email yang mengandungi mesej tersebut sudah cukupkah percaya dengan wujudnya Allah?

satu kekarutan yang jelas di sini malah menyesatkan dan di sebar tanpa memikirkan benar atau salahnya.begitu mudah agama di permain-mainkan di zaman siber ini.mungkin juga kejahilan umat islam akhir zaman itu sendiri yang hanya seumpama buih-buih di lautan.saya menulis mengenai perkara ini kerana sudah penat melihat sikap mereka-mereka yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah siber.mungkin ada yang baru mengenal dunia siber dan cepat terpengaruh atau 'culture shock',mereka lihat kawan-kawan mengirim mesej-mesej seperti itu mereka pun turut serta,seolah-olah ianya sesuatu yang menyeronokkan,ialah 'nampak' macam berdakwah katakan.

saya ingat dulu perkara seperti ini jarang berlaku,saya sendiri sudah hampir sebelas tahun di dalam dunia siber ini dan saya dapat melihat perubahan budaya internet di malaysia ini.saya berharap budaya seperti ini tidak lagi di amalkan.jika ada mesej-mesej yang anda merasa muskil mengenainya bolehlah emailkan kepada saya (dome@digitaldome.org) atau gunakan k-forum dan saya akan 'reply' untuk menjawapnya sekadar mampu.

No comments: