© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, June 25, 2006

wildan


sejak bila tah.. jadi sangat-sangat suka dekat Wildan ni.. hehe.. sebelum ni suka jugak..cuma biasa-biasa sahaja. suka Bahtera Kasih, Pusara Bonda..
sekarang Tangisan Rindu.. best-best.

:: Profile Kumpulan Wildan ::

Penerbitan album pertama Wildan memberi ruang kepada Wildan untuk mengenengahkan konsep yang serba sederhana. Konsep bersahaja tetapi kontemporari yang dibawa oleh Wildan kian diterima segenap lapisan masyarakat. Lagu-lagu dari album pertama mereka seperti Di Pusara Bonda, Bahtera Kasih, Impian Hati dan Kasih Sayang mendapat tempat di stesen Radio IKIM.fm.

Kini Wildan cuba melangkah setapak lagi untuk meneruskan perjuangan mereka dengan merancang penerbitan album ke 2 yang diberi judul “True Love”. Wildan diasaskan pada peringkat awalnya hanya sekadar untuk memenuhi permintaan sosial yang mahukan irama nasyid ini sebagai alternatif hiburan kepada masyarakat.

Di samping itu, ianya dijadikan platform untuk bergerak di dalam aktiviti-aktiviti NGO yang memerlukan banyak penglibatan insan-insan serba boleh bagi menangani program-program yang dianjurkan. Pada akhir tahun 2002, Wildan diberikan kepercayaan untuk merakamkan sebuah album amal yang dibiayai sepenuhnya oleh Akademi Bina Insan (ABI) menerusi syarikat Mind & Soul Edutainment.

Album Kau Istimewa yang disempurnakan dalam tempoh sebulan itu akhirnya diterima oleh para peminat nasyid tanahair bilamana beberapa rangkaian lagunya kerap dimainkan di stesen radio tempatan terutamanya di Radio IKIM.fm. Dengan mempertaruhkan lagu-lagu seperti Di Pusara Bonda, Bahtera Kasih, Impian Hati dan Kasih Sayang, Wildan cuba meletakkan diri sebagai salah sebuah kumpulan nasyid tanahair yang dikenali ramai.

Ahli Kumpulan

I.Zaidi Rustam
Nama : Zaidie Rustam
Nama Panggilan : Zaidie
Tarikh lahir : 26hb Mei 1971
Status : Berkahwin
Kelulusan : Akademi Laut Malaysia
Pekerjaan : Juruteknik KLIA

II.Rosli Che Ismail
Nama : Rosli Che Ismail
Nama Panggilan : Che Lie
Tarikh lahir : 08 November 1980
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UKM
Pekerjaan : Eksekutif akaun

III. Wan Hazaruddin Wan Hassan
Nama : Wan Hazaruddin Wan Hassan
Nama Panggilan : Hazar
Tarikh lahir : 29 Januari 1982
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda
Pekerjaan : Guru

IV.Mohd Razi Mohd Yasir
Nama : Mohd Razi Mohd Yasir
Nama Panggilan : Razi
Tarikh lahir : 10 September 1984
Status : Bujang
Kelulusan : Sek Men Keb. Meru Klang.
Pekerjaan : Nasyeed Edutainment.

Sebahagian profile Wildan yang ana copy..

No comments: