Esok, khamis. Jumaat ini, dengan izin Allah, ana akan bertolak ke Negeri Sembilan. Ingin ke luar negeri hasrat di hati, negori jua yang menanti..hehe. hari jumaat, bermalam di rumah abang sulung yang berada di Subang Jaya. Pada hari berikutnya, pagi sabtu, akan menuju ke Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai.
Terasa rindu pula untuk ke sekolah..Maahad Mahmud. Ana belum bersalam dengan guru-guru sebenarnya. Seingat ana, seorang sahaja iaitu ustazah habsah. itu pun kebetulan ana ternampak dia. Hari guru yang lalu, hasrat ana automatic terbatal untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.. merajuk lah.. =P
model - junior dekat sekolah dulu..
Sebelum ana berangkat ke kuim..esok adalah hari terakhir..ya. hari sekolah. Bolehkah ana pergi untuk seketika?
“Ya Maahadan, ‘Allamani, Wa Bilhuda Jammalani..”
begitulah diantara lirik lagu sekolah. ingat lagi nih.. aih..rindunya, ustaz..
2 comments:
Interesting site. Useful information. Bookmarked.
»
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
Post a Comment