© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 28, 2006

soal akidah - serius


Kemukakan elemen kongsi raya rosakkan akidah

KUALA LUMPUR 15 Jun - Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan digesa mengemukakan elemen yang dapat membuktikan bahawa perayaan kongsi raya dan rumah terbuka boleh merosakkan akidah hingga menjurus kepada perbuatan syirik.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementeriannya ingin mengetahui aspek yang tidak betul di sisi hukum dalam mengadakan perayaan tersebut kerana setakat ini tiada sebarang aduan menyangkal kebaikan amalan itu.

Katanya, jika mereka (Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) dapat menyatakan satu persatu, maka barulah kementerian akan membawa perkara itu kepada kerajaan untuk diputuskan. Selagi tidak ada menerima elemen bahawa amalan itu boleh merosakkan akidah, kementerian tidak akan mengambil perkara tersebut secara serius kerana ia hanyalah sekadar teguran sampingan dalam akhbar.

‘‘Setakat hari ini, saya tidak menerima sebarang surat daripada Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Batik Korporat Amanah Raya Berhad dan Ikon Tepak Sireh, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria Selasa lalu yang meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Menurut Rais, pandangan mengenai perayaan itu hanya bersifat satu kejutan dan bukan merupakan keputusan muktamad diperoleh melalui proses sah bagi memastikan sesuatu itu wajar diikuti. ‘‘Bagaimanapun perlu kami tegaskan, mengunjungi sanak-saudara di Hari Raya, berhubung baik dan harmonis dengan kaum lain merupakan batu asas kepada perpaduan di negara ini sejak berdekad-dekad lalu.

‘‘Jadi jangan begitu mudah bagi sesuatu pihak memutuskan mengikut saluran ataupun pandangan bahawa sesuatu itu harus dipadamkan begitu sahaja,” katanya.

– Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Your are Excellent. And so is your site! Keep up the good work. Bookmarked.
»

Anonymous said...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»