© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, December 18, 2009

BFundi BroFramestone dengan puteri


Azam tahun 2010? Erk.. jap nak fikir... Erm...

1- Mahu jadi best student, dapat dean list ke... kalau tak boleh dapat dean list pun untuk tiga sem yang masih berbaki, cukuplah best student dalam beberapa subjek.
2- Nak jadi seseorang yang lebih baik, lebih penyabar (selalunya kurang, ha.ha), dan luar biasa hebat!
3- Jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik! (bukan yang baik dikalangan yang tak baik)
4- Nak aktif dalam banyak benda; blog, kelas (tapi yang ni tak janji... ha.ha), aktiviti dalam dan luar kampus
5- Mulakan perasaan dan hati yang baru, tanpa sikit pun terbawa-bawa memori yang lalu. (macam patah hati pulak bunyiknya.. opsss..) :D

Saya dan blog saya..

Mula berjinak-jinak dengan blog sejak 2006. Dulu, blog ni namanya lain, url pun lain.. Lepas tu ditukar kepada nama (komersial) saya dan nickname saya, maka jadilah ia "nurfatimahz A-K-A puteri" dan url pulak, gabungan nickname dan tahun kelahiran "puteri88" (sebab tu umur bukan rahsia,).

Antara kenalan saya pada tahun 2006 ialah papa@emmet, mama@ira (blogger yang sudah tidak aktif). Masih berhubung dengan mereka melalui friendster, kadang-kadang sms. Pernah pergi kenduri kawen diorang tahun 2008 (kenduri rumah papa). Lagi kawan-kawan lama blog seperti yonna, abg de_kerinchi, hakim dirani, dan abg SF. Kawan baru seperti kak nuyui dan BroFramestone sendiri dengan url lama dia "beli-buy" tuhhh..

Slogan..??

BroFramestone merupakan "blogger yang aktif, idea gila-gila, mesra, mudah menjadi kawan. I like you very much!"


4 comments:

Bro Framestone said...

BFundi sudah bermula..... Bro sebarkan maklumat ini kepada mereka yang berjaya dipilih secara lazat, ranggup & segar untuk menyertai contest bro tanpa kompromi

Apa yang perlu dibuat oleh calon-calon

1. Promote diri anda untuk diundi di blog bro sepanjang tempoh mengundi. Harap tiada sesiapa memspamkan chatbox or blog org len semata2 meraih undi.
2. Setiap pengundi boleh memetik 3 nama calon untuk mewakili 1 undi setiap seorang.
3. Pastikan mereka mempunyai blog & email yang benar2 wujud
4. pengundi hantu akan dianngap undi rosak (mereka yang mengundi mengunakan blog & emailyang berbeza sedangkan mereka individu yang sama)
5. Boleh mengundi diri sendiri asalkan nama mmg tercalon (bg yang gatai mengundi diri sendiri tapi tidak tercalon, secara tiada kompromi akan dianggap undi rosak.

Ruangan mengundi akan di buka pada pukul 8 pagi 20th . Bersiap sedia la ek

Tempoh mengundi di antara 20-24 Desember 2009

Mereka boleh mengundi di http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/

Puteri said...

Taip "1- BFundi 9" dan postkan ke http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/

Terima kasih =)

aurikelsan said...

gudluck..semoga azam 2010 tercapai insyaallah

Puteri said...

trima kasih aurikelsan!
:)